Review Lepas Beli Hair Trimmer Bajet Dari Xioami
Hai korang. Tak lama lagi sekolah dah nak mula dibuka. Macam mana dengan persiapan anak-anak?
Dah lama sangat duduk rumah, mesti rambut anak-anak pun dah panjang kan? Kalau korang tengah nak save bajet untuk potong rambut anak-anak, sis nak share sikit review dari Huda yang sis rasa korang mesti suka.
Iaitu hair trimmer bajet dari Xiaomi. Huda beli dekat Shopee je, harga dia sangat murah. Tak sampai RM40 pun. Tapi kalau korang pandai godek-godek mungkin korang boleh jumpa yang lagi murah.
Sebab apa Huda pilih ni.
1. Fungsi
Kalau korang nak adjust slider untuk potongan tu, korang hanya perlu tekan satu butang je. Untuk anak-anak yang jenis takut/ngilu bila dengar bunyi bising, hair trimmer ni memang sesuai sebab walaupun kelajuan dah tinggi tetap tak keluarkan bunyi yang bising.
Selain daripada tu, ada juga teknologi yang dihasilkan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan masa pot ong rambut.
2. Review
Huda tengok jugak review daripada cust lain. Rata-rata memang cakap puas hati dengan apa yang hair trimmer bajet ni tawarkan. Sangat berbaloilah dorang kata.
Apa yang ada dalam kotak?
Korang akan dapat 1 x Hair Clipper, 1 x USB Cable, 1 x Chinese Manual, 1 x Brush, 1 x Oil
Lepas je unboxing, terus Huda guna untuk trim rambut anak-anak Huda. Memang terasa mudah dan cepat kerja Huda.
Korang kalau berminat nak dapatkan mesin hair trimmer sama macam Huda ni, bolehlah klik je dekat shopee.com.my
Artikel asal: Cerita Huda