Dungun Escapade, Port Camping Mesra Keluarga
Dulu masa bujang, boleh je berani berani redah campsite dengan tak ada planning. Tapi keadaan berubah bila dah ada family dan anak-anak.
Masa bujang tu, memang nak kena ‘cara’kan diri sendiri je, tapi bila dah ada family, kita sebagai mak ni kena berkorban sikit suasana camping redah ke camping yang lebih teratur.
Kalau korang pun macam ni, jom tengok macam mana Huda camping dengan family kecil dia untuk tunaikan impian anak-anak dalam keadaan yang selamat dan selesa. Mesra family macam tulah.
Dekat Dungun Escapade Resort ni, ada option untuk korang camping dekat luar berhampiran dengan D’Nest. Dahlah dekat tepi sungai Dungun, memang terasa sejuk je terutamanya kalau waktu malam.
Sebelum check-in tu macam biasa, kena isi borang dulu. Walaupun anak-anak dah excited tak sabar nak mulakan experience dorang.
Huda pun boleh teruja dengan pemandangan dekat sini, ada unggun api, ada pokok besar yang boleh dijadikan port bergambar dan yang paling penting kemudahan yang ada macam guard yang menjaga kawasan, tandas, bilik mandi, BBQ, camp fire, plug elektrik dan juga ampaian baju.
Harga dia not bad, dan boleh kira agak murah jugaklah kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Huda letak siap-siap kat bawah ni supaya korang boleh buat planning untuk bajet.
Cuma dekat sini tak ada pakej breakfast. So korang bawa siap-siap bekal macam roti untuk sarapan. Sambil tu layan sunrise. Memang asyuk!
Lagi satu dekat sini dia bukan je sekadar tempat nak camping tau, tapi ada juga aktiviti yang menarik nak dibuat macam zipline dengan ropes course tower.
Untuk zipline sekarang, ada promosi tau korang.
So mana yang dekat-dekat area Dungun atau Terengganu tu rasanya dah bolehlah datang sini untuk ambil angin luar.
Huda recommend sangat!
Artikel asal: Cerita Huda