Teh Hijau Bantu Kuatkan Akar Rambut
Selain daripada sedap dibuat air, korang tahu tak apa yang teh hijau rahsiakan dari kita? Khasiatnya yang boleh menguatkan akar rambut.
Caranya mudah je, apply je daun teh hijau dekat kepala dan biarkan nutrisi daripadanya diserap. Tapi leceh kan?
Untuk mudahkan korang, Ayu nak share satu produk dari teh hijau yang boleh korang guna dengan senangnya. Tak payah nak cari daun originalnya.
Kaya dengan vit C dan E, Syampu Teh Hijau dari Follow Me ni bantu bagi perlindungan kepada folikel rambut dan dalam masa yang sama bantu jadikan rambut lebih licin dan lembut.
Dalam teh hijau sebenarnya ada sejenis bahan sebatian semula jadi iaity Polyphenol yang bantu kekalkan kulit rambut yang sihat, bersih daripada kotoran dan paling penting lindungi rambut daripada masalah penipisan rambut.
Sebabkan cuaca yang panas dan lembap dekat Malaysia buatkan kita kena take extra care sikit. Bawah produk ni ada 5 varian iaitu:
- Syampu Teh Hijau 6 dalam 1
- Syampu Teh Hijau Anti-Kelemumur
- Syampu Teh Hijau Penjagaan Kulit Kepala
- Syampu Teh Hijau Lembut & Licin + Perapi Teh Hijau Lembut dan Licin
- Syampu Anti Rambut Gugur + Perapi Anti-Rambut Gugur
Harga untuk syampu dan perapi ni taklah mahal sangat. Bermula RM10.90 dan RM18.90 je. Sama macam brand yang lain.
Review jujur Ayu, memang Ayu suka sangat sebab bau dia sangat menyegarkan dan menenangkan. Nak bilas pun senang sebab tak ambil masa walaupun rambut panjang.
Korang kalau nak cuba dan tahu lebih lanjut pasal produk ni bolehlah layari website http://followme.com.my
Artikel asal: Ayu Arjuna