Restoran Jepun Halal Dekat Shah Alam
Datang Malaysia, memang banyak makanan negara lain yang boleh dicuba. Habis semua ditapaunya. Dalam banyak-banyak tu, antara makanan yang jadi pilihan rakyat ialah makanan Jepun. Fevret sangatlah.
Kalau korang memang kaki makanan Jepun, sis ada satu port makan nak suruh korang cuba. Cadangan daripada blogger Best Restaurant to Eat iaitu Restoran Agehan dekat Grand Bluewave Hotel Shah Alam.
Makanan wajib ada mestilah set Bento yang boleh korang tapau kalau nak cepat. Harga yang diberikan dikira berbaloi dengan portion yang korang dapat tau.
Jom tengok set menu Bento yang ada.
Sebut kedai Jepun, tak sahlah tak ada onigiri kan? Sebab onigiri ni macam trademark makanan Jepun dan memang menu femes sebab simple je.
Kalau korang ada staycation dekat Shah Alam, bolehlah singgah sini rasa makanan Jepun dorang. Yang penting halal korang!
Artikel asal: Best Restaurant to Eat