Warna Rambut Yang Selamat & Halal
Hai korang, korang tahu kan yang Comel memang suka kaler kaler rambut ni?
Hari ni sis nak share satu salon rambut yang Comel rekomen dekat korang yang teringin nak kaler rambut atau pun yang nak try salon baru untuk rasa pengalaman baru.
Hari tu Comel pergi salon yang gunakan teknik Jepun tau iaitu Luck Luck Hair Colour Salon dekat NU Sentral. Yang best pasal Luck Luck Hair Colour Salon ni bukan je sebab dorang gunakan teknologi Jepun tau, tapi juga sebab yang manage salon ni hairdresser yang terkenal dekat Jepun, Hiro-san.
Teknik pun korang boleh nampak beza dengan salon lain. Start dari warna, cuci, urut kepala, cara potong. Semua ada tekniknya. Hairdresser ni pun jenis teliti, jadi korang boleh rileks je kay.
Comel tak rasa kulit kepala Comel sakit sebab teknik dia super soft okey! Lemah lembut je dorang buat kerja.
Tapi masa first Comel nak datang tu, Comel terkejut jugaklah. Sebab dorang tak nampak macam hair salon pun sebab design luar macam kedai je. Tapi tengok signboard, ada je haa tepi tu.
Bayaran agak berbaloi dengan treatment yang korang terima. Boleh bayar guna cash dan kredit kad jugak. Kadang tu dorang ada buat promosi, so harga memang akan jadi lebih murah.
Yang berhijab tak ada masalah, sebab dorang memang consider semua ni. Ada section yang untuk wanita berhijab, yang hairdresser pun perempuan.
Paling paling penting, Luck Luck Hair Colour Salon ni ada halal certificate.
Jom tengok BEFORE rambut Comel.
Dengan AFTER nya:
Maklumat lanjut, korang boleh follow dekat FB https://www.facebook.com/luckluck.malaysia/ ataupun https://www.instagram.com/luckluck.malaysia/
Artikel asal: Comel Comot