Pengalaman Rare Makan Atas Daun Pisang
Sekarang ni semua serve dalam pinggan kan? Yang bezakannya jenis dan design pinggan je. Tapi kalau korang nak try makan macam yang selalu korang nampak dalam filem/drama Tamil tu?
Makan atas daun pisang. Feel dia lain korang. Serius!
Okey kalau korang nak try, sis nak share satu port yang korang boleh rasa makan macam ni. Lokasi dia dekat IOI City Mall Putrajaya tau.
Dekat Original Banan Leaf korang boleh lepaskan craving ni dengan hanya bayar serendah RM10.90 je untuk satu hidangan makan tengah hari. Berbaloi kan?
Yang paling best sebab ia halal certified tau. Boleh makan tanpa ragu-ragu.
Antara menu yang korang boleh try ialah rasam, ayam varuval, ikan tenggiri goreng, kari kambing. Aduh sis tengok pun dah terliur tau. Portion hidangan dia memang kenyanglah.
Kalau korang tak nak makan yang berat, bolehlah try roti canai atau pun thosai dorang. Recommended!
Untuk tengok promosi apa yang ada, bolehkah lawat FB Page dorang dekat https://www.facebook.com/originalbananaleaf/
Artikel asal: Best Restaurant to Eat