Siap Ada Bunyi Krup Krap, Rawatan Kiropraktik Bantu Legakan Sakit Belakang
Korang perasan tak, sejak COVID-19 melanda, makin kerap pulak bahagian belakang dengan punggung terasa sakit.
Mana taknya, budaya WFH tidak dinafikan jadi punca kepada masalah kesihatan ni. Gaya hidup tak aktif, hanya duduk depan computer dan settle kan kerja. Kadang-kadang sampai ke malam pun masih di tempat yang sama.
Nak rawat masalah sakit belakang ni sebenarnya senang je. Korang baiki semula postur badan yang dah ‘terlari’ tu. Tapi untuk betulkan balik tu memang perlu masa.
Untuk korang yang nak legakan sakit tu, sis ada satu cara nak share dengan korang. Apa kata korang try rawatan kiropraktik. Ala, yang tengah viral dekat YouTube orang betulkan postur badan siap ada bunyi krup krap tu.
Kalau dulu rawatan ni macam tak ramai yang tahu. Tapi sejak kerajaan umumkan yang rawatan kiropraktik termasuk dalam servis perlu, ramai yang mula tahu pasal rawatan sakit belakang ni.
Antara brand yang popular dekat Malaysia ni ialah Chiropractic First Group yang ada rekod 20 tahun dalam rawatan kiropraktik dan diyakini selamat dan berkesan. Setakat ni dengan 12 cawangan dorang dalam Malaysia, dah hampir 30,000 pesakit dirawat.
Korang pun kalau rasa sakit-sakit belakang, jangan tahan. Pergilah dapatkan rawatan untuk hidup yang lebih aktif dan sihat.
Nak tahu dekat mana lokasi dorang, korang boleh je pergi dekat: https://www.chiropractic-first.org/
Kredit gambar utama: Spinehealth