Event Lumba Lari Guna Kasut High Heel
Pernah tak korang terfikir yang dalam dunia ni adanya acara lumba lari dengan gunakan high heel?
Kalau korang nak tahu, dulu dekat Malaysia ada satu event macam ni yang Ashley ingatlah, iaitu The High Heel Dash.
Event ni khas untuk raikan women empowerment dekat Malaysia yang mana dana terkumpul akan diserahkan kepada Pertubuhan Pertolongan Wanita untuk bina rumah perlindungan wanita yang manjadi mangsa keganasan domestik.
Dengan kerjasama SimplyGiving.com, pemenang acara ni terima 2 tiket penerbangan percuma ke destinasi menarik dan beberapa hadiah lain termasuklah hamper produk Shu Uemura, L Óreal Hair Care dan sebagainya.
Selain daripada acara lumba lari ni, ada juga aktiviti menarik macam ucapan kata motivasi, persembahan dan juga booth untuk meriahkan suasana.
Menarik jugak sis rasa. Korang kalau jumpa event macam ni lagi, inform inform la sis. Nak jugak merasa berlari dalam heels. Mana tahu kalau Olimpik ada tambah acara, boleh jugak sis berangan nak join.
Artikel asal: Ashley Yeen