Tips Beli Perfume Online Cara Sunshine Kelly
Sebelum ni bila share pasal perfume, sis asyik share pasal brand perfume dengan tips kekalkan bau perfume je kan?
Okey kali ni sis nak share topik paling ramai orang suka sekarang, shopping online. Tapi shopping perfume pulak.
Berbeza dengan barang, kita boleh tengok struktur/jenis kayu yang digunakan. Tapi perfume yang biasa dipilih dengan bau pulak macam mana nak beli online?
Okey, jom Kelly nak share macam mana Kelly beli perfume secara online.
1. Faham tentang maksud cantik
Cantik tak semestinya hanya refer kepada rupa sahaja. Ia lebih daripada itu, termasuklah cara korang bawa diri dan penampilan seharian. Sejak partner Kelly kata dia tertarik dengan Kelly sebab bau perfume Kelly, Kelly faham yang perfume boleh jadi senjata untuk wanita dalam memikat tanpa sedar.
2. Aiming for Sexiness
Seksi ni definisi dia lebih daripada apa yang korang pakai. Kadang-kadang orang tu daripada mata je dah boleh dtafsirkan sebagai seksi tau.
Untuk korang tampil feeling feeling seksi dan menggoda, Kelly cadangkan perfume Olympea dari paco Rabanne. Baunya memang sesuai untuk boostkan libido antara partner.
3. True Glamour
Nak rasa macam ala ala seglamor Beyonce, korang boleh try bau True Glamour daripada Jimmy Choo. Ini memang salah satu pilihan perfume yang terbaik Kelly boleh cadangkan dekat korang.
4. Breaking The Rules
Sekali sekala nak rasa macam rebel, korang boleh try perfume dari Calvin Klein ni. Sebab biasanya bau dalam produk Obsessed for Women ni akan dicampurkan sikit dengan bau bau yang selalu dijumpai dalam perfume lelaki.
Sekali sekala cabar diri, lari daripada norma pakai perfume feminim, apa salahnya kan?
Artikel asal: Sunshine Kelly
Kredit gambar utaa: Racked