Cara Mudah Masak Nasi Sushi, Memang Menjadi
Sebelum ini, sis selalu share resepi kan, hari ni sis nak share cara masak pula. Masak makanan yang boleh kata orang Malaysia ni suka sangat iaitu sushi.
Sushi ni kalau nak tahu, paling penting sekali ialah nasi dia. Kalau nasi dia tak jadi, maka sushi korang pun memanglah akan gagal.
Jom kita tengok macam mana Huda masak nasi sushi walaupun first time nak try.
First sekali kenalah guna beras sushi, beras biasa tak jadi tau. Yang Huda guna ni brand Sumo, harga 1kg dalam RM8.88.
Cara masak sebenarnya boleh ikut je label dekat belakang packaging tu.
1. Sukat beras, bilas sekali je.
2. Masuk air ikut sukatan 1 cawan = 2 cawan air. Tapi Huda guna 3 setengah cawan air untuk 2 cawan beras supaya sushi tak terlampau lembik.
3. Masak guna rice cooker je. Dalam 30 min masaklah dia.
4. Lepas je dah masak, Huda campurkan sikit cuka. Boleh guna cuka sushi. Kalau tak ada macam Huda hari tu guna cuka biasa je, jenama Jalen.
Sukatan 1 cawan beras = 2 sudu cuka Tapi biasalah Huda modify sikit, untuk 2 cawan beras, Huda guna 3 sudu je.
Ada juga yang share resepi cuka khas untuk sushi ni: 1 1/2 sudu besar cuka makan biasa + 1 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam. didihkan sekejap hingga gula hancur, sejukkan dan gaul dengan nasi sushi.
5. Lepas dah gaul rata tu, Huda biar nasi tu sejuk sikit sebelum balutkan dengan seaweed dan bahan-bahan lain.
Memang laju je habis, korang! Anak-anak Huda suka betul.
Selamat mencuba!
Artikel asal: Cerita Huda