Muzium Makanan Penang Yang Boleh Buat Korang Rasa Lapar
Bila kerajaan umumkan yang KL & Selangor dah masuk ke Fasa 2, harapan untuk rentas negeri dan travel semakin menampakkan nur kan?
Panjang tak list tempat yang korang nak pergi? Kalau panjang samalah macam sis. Dah tak sabar betul nak jalan tengok dunia luar.
Sebelum ni sis adalah cadangkan tempat/lokasi makanan kalau korang ke Penang, tapi kali ni sis nak rekomen jugak satu muzium makanan untuk yang kaki makan.
Tapi AWAS! Masuk sini memang confirm korang akan rasa lapar, lepas tu mengidam makan macam-macam.
Terletak dekat Georgetown, masa mula-mula masuk je Wonderfood Penang ni korang akan dijemput dengan replika cendol gergasi. Haa, kalau sebelum ni korang tertanya-tanya dekat manalah ada cendol gergasi tu kan, haa jawapannya dekat sini.
Wonderfood memang jadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara sebab replika yang ada sangat world class. Nampak real dan artwork memang teliti habis,
Selain menghiburkan, ia juga banyak beri informasi dan gambaran tentang ‘dunia makanan’ Malaysia & Penang. Orang dewasa masuk pun dah teruja, apatah lagi kanak-kanak kan?
Kalau korang nak masuk sini, sis sertakan harga siap-siap supaya senang korang nak buat bajet. Tapi kalau rajin, surveylah dekat Klook atau mana-mana site travel yang dipercayai untuk tengok kalau kalau ada promo tau.
Dewasa RM25
Kanak-kanak RM15
Waktu operasi: 9am. 6pm
Maklumat lanjut, korang boleh ke:
Hubungi: +604-251 9095
Emel: [email protected]
Facebook: https://www.facebook.com/Wonderfoodmuseum/
Artikel asal: Best Restaurant to Eat