adidasNEO Untuk Gaya Lebih Trendy Dengan Harga Mampu Milik
Dulu sebelum sis masuk dalam dunia kasut-kasut ni, brand kasut yang paling femes sis tahu ialah adidas dan Nike.
Tapi sebelum sis survey harga, sis ingatkan kasut dorang ni terlampau mahallah sampai sis tak mampu nak milik. Tapi lepas tahu dan tahu dia punya kualiti, boleh cakap macam sis agak jatuh cinta jugaklah.
Hari tu, Ashley pun adalah pergi shopping kasut daripada adidasNEO. Ashley kata untuk design ni, memang lebih kepada stail kasual, fesyen orang muda trendy dengan tona menarik.
Dan paling best mestilah sebab harganya yang mampu milik untuk korang yang tengah cari kasut bajet tapi kualitinya memang tidak disangkal.
Ashley grab sampai 3 pasang, satu untuk diri sendiri, satu untuk mak dan satu lagi untuk kakak.
Padding dalam kasut memang ekstra selesa sebab dorang guna Ortholite, satu teknologi yang buatkan padding dekat dalam jadi sangat selesa. Memang tak ada rasa tak selesa atau pun sakit walaupun pakai kasut dalam tempoh jangka yang lama.
Korang kalau nak tengok apa yang best pasal kasut adidas bolehlah ke http://www.adidas.com/.
Artikel asal: Ashley Yeen