BURGERLARI, Burger Unik Citarasa Malaysia Yang Kena Korang Cuba
Hai korang. Dalam banyak-banyak burger, korang suka brand burger mana?
Biasa kalau soalan ni ditanya, jawapan dia kalau tak McD, mesti KFC & Burger King, tak pun burger ramly yang jual tepi jalan tu.
Kalau korang peminat burger, ada lagi satu brand burger yang korang kena try. Sebab sis dah try dan memang sis suka! Tak tipu korang!
BURGERLARI
Dengar nama pun dah unik, apatah lagi menu-menu dia yang ada. Sangat Malaysian tau. Antara yang boleh korang cuba:
1. Burger Hainan Chicken Chop
2. Burger Nasi Ayam
3. Burger Sate Ayam
4. Burger Ayam Butter
5. Burger Nasi Lemak
Terletak dekat Cheras Leisure Mall, korang boleh sampai sini dengan naik MRT dan turun dekat stesen Taman Mutiara. Keluar je korang terus menghala ke Cheras Leisure Mall dan jumpa dah. Sebab kedainya dekat area pintu masuk dari MRT je.
Benda lain yang best pasal BURGERLARI ni ialah patty dia yang homemade dan memang premiumlah. Kalau perut korang kecik, sebiji burger tu boleh kongsi dua orang makan tau. Nampak tak dia punya saiz tu macam mana.
Dan jangan risau, memang HALAL certified daripada JAKIM tau. Dah boleh dine in (kalau lengkap 2 dos vaksin) ni, bolehlah ajak member lepak makan burger dekat sini.
Tapi dapat burger jangan terus lari, bayar dulu!
Artikel asal: Best Restaurant to Eat