Kenangan Jadi Model Cover Majalah Hijabista Bersama Koleksi Kasut
Selalu kita share pasal tips berkenaan dengan kasut kan, kali ni sis nak share pulak pengalaman Yuyu jadi cover majalah hijabista bersama koleksi kasutnya yang bukan sikit.
Boleh penuh satu almari tau!
Kalau dulu kecil-kecil, Yuyu ada hobi kumpul setem. Bila dah besar, Yuyu dah makin jadi suka kumpul kasut.
Antara kasut yang Yuyu borong dekat nile.com
Koleksi kasut Yuyu bukanlah daripada 1 jenis je tau, daripada pelbagai jenama dan jenis lah. Dari heels, pump toe, wedge, ballerina, stilleto, oxford, mules, lites, sampai lah ke selipar jepun, semua pun Yuyu ghairah gila.
Tolak tambah adalah dalam 50 pasang masa tu. Sebab setiap bulan beli sepasang. Kadang tu dua pasang. Ada juga yang kasut sponsor orang. Tu yang makin bertambah koleksinya.
Masa tu koleksi kasut Yuyu masuklah dalam majalah Hijabista Edisi 5 dengan tajuk ‘Figura Fesyen Hijabista’.
Tapi at least, hobi kumpul kasut Yuyu ni boleh bawa pulangan balik. Bila dah bosan ke apa, bolehlah jual preloves. Tak pun kasi je orang.
Hobi korang pulak macam mana?
Artikel asal: Yuyu Zulaikha