Facial Cleansing Wipes Bantu Tanggalkan Makeup Dengan Lebih Mudah
Sekarang ni dah banyak kemudahan untuk orang yang suka makeup kalau nak pergi travel. Contoh macam korang nak jalan-jalan pergi mall, keluar dengan kawan-kawan. Sampai waktu solat, kena buang makeup.
Takkan lah nak angkut segala botol pencuci kan? Lebih mudah kalau guna facial cleasing wipes je. Jimat ruang beg, jimat juga masa nak mencuci.
Jadi hari ni Comel nak share satu cleansing wipes yang boleh korang try iaitu daripada brand Nivea.
Mungkin awal-awal tu skeptikal la sikit, betul ke pakai wipes je dah boleh tanggal semua makeup yang ada. Tapi lepas guna Nivea rasa macam sangatlah convenient sebab lepas lap tu tak rasa pun kesan kulit tegang ke apa.
Yang power, sekali sapu terus hilang makeupnya kalau korang makeup tak tebal sangat. Nak yakin, sapulah 2/3 kali.
Comel bagi 10/10 sebab banyak sangat kebaikan yang ada dalam sapuan ni. Antaranya, okey tarik nafas dulu eh:
Aqua, Isopropyl Stearate, Glycerin, Dimethicone, Methylpropanediol, Panthenol, Lanolin Alcohol (Eucerit®), Prunus Amygdalus Dulcis Oil, Polyglyceryl-3 Methylglucose Distearate, Sodium Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, 1,2-Hexanediol, Phenoxyethanol, Methylparaben, Limonene, Linalool, Geraniol, Citronellol, Benzyl Alcohol, Alpha-Isomethyl Ionone, Butylphenyl Methylpropional, Citral, Parfum
Yang mana bantu kulit korang kekal hidrat dan sihat tanpa membahayakan.
Kalau dekat rumah, maybe korang boleh guna make up remover yang Yuyu sarankan ni. Satu botol boleh tahan sampai 4-6 bulan. Jimat bethol! – Satu Botol Boleh Tahan Sampai 4-6 Bulan, Makeup Remover Paling Jimat
Artikel asal: Comel Comot
Kredit gambar utama: Project Vanity/Nivea