Perfume ‘Klasik’ Histoires de Parfums 1889 Dari Moulin Rouge
Walaupun tak pergi mana-mana, perfume tetap habis. Sebab duduk rumah pun nak lah wangi-wangi jugak. Bukan masyam je.
Hari ni Kelly nak share satu perfume yang sangat klasik dan sesuai kalau korang sekarang ni tengah cari perfume baru untuk tambah koleksi.
Histoires de Parfums 1889 dari Moulin Rouge
Bila korang bau je perfume ni, korang terus akan ternostalgia pasal zaman dulu dulu sebab Histoires de Parfums ni dah ada dalam industri minyak wangi sejak tahun 2000 lagi dan terkenal dengan bau-bau rare dan sangat kaya, tapi dalam masa yang sama tetap ada aura romantik & sensual.
Bau kayu manis segar, bau ros yang dicampur dengan bau kasturi, tangerine, prune dan macam-macam lagi buatkan bau perfume dari Perancis ni rare.
Dan tambah rare bila korang boleh refill perfume ni dalam bekas kecil yang muat masuk dalam poket. Mudah & senang nak dibawa ke mana-mana je.
Untuk 120ml, harga yang ditawarkan adalah RM549. Agak berbaloi dengan kualiti yang korang dapat. Paling Kelly suka sebab bau dia kekal lama, terutamanya kalau korang pakai lepas mandi.
Bau tu macam meresap ke dalam kulit. Wangi!
Nak tahu lebih lanjut korang boleh check it out sendiri dekat website http://www.kensapothecary.com.my atau Facebook https://www.facebook.com/kensapothecary.
Artikel asal: Sunshine Kelly