Deko Rumah Gaya Chic Mewah Dengan Koleksi Marseille Avon
Ingat tak sebelum ni sis ada share pasal macam mana Yuyu buat makeover dekat rumah dia dengan hanya gunakan cat special effects je?
Hasilnya memang wow kan?
Bila hasil dah wow, terfikir pula nak deko macam mana ya rumah tu nanti. Betul tak?
Okey kalau korang tengah cari idea nak deko deko rumah, hari ni Ayu nak share sikit deko estetika chic mewah gaya Perancis dari Marseille Avon.
Dengan corak bunga Eropah, latar pula dengan warna cat air biru, memang terasa macam dekat pesisir laut pantai kota Marseille. Sejuk je mata tengok. Aura pun adalah romantic-romantik gitu.
Korang nampak, tak boleh travel, kita bawa kita punya travel ke dalam rumah. Senang cerita.
Ada juga set kegemaran mak mak iaitu set kaca opal yang turut dilengkapkan dengan bunga Marseille. Nanti bila dah kembali ke kehidupan baru, bolehlah gunakan set ni untuk hidang juadah dekat tetamu.
Kalau korang nak tengok apa lagi jenis deko yang ada, bolehlah tengok brochue online dorang dekat website https://shop.avon.my/avonbrochure-main .
Artikel asal: Ayu Arjuna