Eyeshadow Palette Paling Sesuai Untuk Korang Yang Suka Look Merelip
Kalau sebelum ni Sherlyn ada share pasal tips mudah nak dapatkan muka berseri dengan EasyPeasy Colouring Stick kan? Kali ni masih lagi Sherlyn nak share pasal makeup yang simple tapi sangat sesuai untuk look-look yang dicari masa pandemik ni.
Sebabkan kena pakai mask, ramai yang fokus pada eye look berbanding makeupk whole face sebab yang orang nampak ialah mata je. Melainkan korang pakai mask yang transparent tu.
Jadi hari ni Sherlyn nak share eyeshadow palette yang sangat sesuai untuk enhance mata korang daripada Urban Decay versi Heavy Metals.
Dengar nama produk pun dah rasa macam memang wow sangat kan?
Okey dalam satu palette ni korang akan dapat 20 warna yang mana 10 adalah untuk look look bold dan 10 lagi look yang natural dan nude. Tapi yang bestnya semua dalam tekstur metallic tau.
Bling bling mata uolss. Kat bawah ni Sherlyn tunjuk macam mana setiap satu daripada warna ni supaya korang boleh nampak dengan jelas.
Yang best, senang je nak apply walaupun hanya gunakan jari. Smooth & creamy je. Pigmentation dia pun memang intense korang, jadi tahan lamalah kalau korang apply tu.
Tak ada dah apply petang, bila event waktu malam dah habis togel atas mata.
Artikel asal: Read Sherlyn