3 Benda Best Pasal Hair Extension Jenis Hand-Tied
Tak semua orang ada rambut yang cantik & lebat. Ada yang alami masalah gugur sampai nampak hampir kelihatan botak disebabkan masalah rambut gugur yang serius. Cara mudah & cepat untuk kendalikan masalah hampir botak ini ialah dengan gunakan hair extension.
Kalau hari tu Kelly ada share pasal 3 sebab utama kenapa hair extension penting untuk wanita, hari ni sis nak share sikit beauty tips dari Tall Pisces Girl pasal beauty hair extension ni dan kenapa dia best untuk kita try.
Dalam pasaran sebenarnya kalau korang nak tahu, ada banyak gila jenis hair extension. Dan dalam banyak-banyak tu, yang paling best adalah jenis hand tied sebab banyak profesional stylist yang gunakan dekat salon.
Dan kenapa dia best:
1. Kos
Kos untuk hair extension jenis hand-tied ni taklah semahal hair extension yang lain. Kalau pun dia mahal, mahal sikit jee sebab tektur dia yang lebih nampak kukuh berbanding jenis yang harganya murah.
Kredit: Steven Mathew
Lagi satu sebab korang boleh ikut dye dia sekali kalau korang dye rambut. Jadi nampak lebih natural gitu. Dan alunan rambut pun tak adalah nampak keras & kejung. Dia sama ikut flowy je kalau korang stylekan ikut style yang korang nak.
2. Penjagaan
Berbanding dengan jenis lain, jenis hand tied ni adalah jenis yang paling senang nak jaga. Tak payah risau sangat pasal penjagaan, cuma be gentle je. Gunalah syampu yang biasa korang guna walaupun rambut palsu ni macam tak nampak sangat kesan dia dijaga macam rambut sendiri atas kepala, tapi at least dia boleh buatkan rambut tu nampak lebih sihat dan kukuh dan senang nak dibentuk.
3. Kualiti
Contohlah kalau korang guna jenis tape in kan, satu benda yang paling ketara adalah kualiti ni. Mungkin harga dia lebih murah berbanding jenis hand-tied, tapi jenis tape in ni buatkan rambut korang nampak fake sebab helaian rambut tu macam jarang-jarang sikit.
Jadi tape in bukanlah pilihan bijak kalau dulu korang ni jenis ada rambut yang lebat. Berbeza dengan hand-tied, tak kisahlah rambut lebat ke nipis, semuanya nampak natural.
Artikel asal: Tall Pisces Girl
Kredit gambar utama: Steven Mathew