10 Shade Lip Gel Laneige Yang Menarik Untuk Wanita Eksperimentasi
Brand Laneige memang tak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam banyak-banyak brand, Laneige adalah antara yang trusted sebab bukan sekadar tawarkan kualiti tapi juga sentiasa up to date dengan trend semasa.
Untuk wanita moden yang suka bereksperimentasi, ada 10 shade lip gel yang boleh korang cuba untuk lengkapkan look harian korang. Yang penting tetap nampak vogue dan elegan lah.
Dengan formulasi gel air polimer dan cecair minyak, korang tak akan rasa langsung melekit bila pakai. Lagi satu colour tu nampak macam ala ala ombre, sedangkan korang pakai satu colour je.
Nampak natural dekat bibir, bibir korang akan kelihatan sihat dan bersinar. Barulah lengkap nak bergaya kalau berseri macam ni kan?
Ashley rekemen lip gel ni untuk korang yang ada masalah bibir kering atau bibir merekah. Sebab bila korang apply, dia macam nice je liquid tu masuk ke celahan bibir korang dan dalam masa sama rawat masalah yang ada.
Paling best sebab rangkaian produk ni siap ada beg yang boleh korang matchingkan selain daripada mascara dengan BB Cushion yang boleh pakai on the go. Senang!
Artikel asal: Ashley Yeen