Skincare Premium Halal & 100% Vegan Sesuai Untuk Kulit Jenis Sensitif
Sebagai pengguna skincare, kita memang sentiasa mencari yang terbaik untuk diri kita Bukan sahaja diyakini halal (terutamanya Muslim), tetapi juga bahan-bahan yang didalamnya selamat untuk digunakan & tak melibatkan haiwan sebagai bahan uji kaji.
Buat korang yang ada masalah kulit sensitif termasuklah ada masalah eczema, korang tahu tak sekarang ni ada satu lagi skincare yang boleh korang consider masukkan dalam senarai skincare yang boleh dicuba kalau korang masih mencari yang sesuai.
Dermoseries – Perfecting Skincare
Dengar nama pun dah terasa yakin nak guna sebab dengan rangkaian produk yang menggunakan bahan-bahan semula jadi macam minyak kelapa dara, ekstrak soya tanpa bahan berbahaya macam SLS, parabens dan pewangi, pengguna terasa lebih selamat nak guna.
Btw, skincare ni bukan untuk perempuan je. Lelaki pun boleh guna juga tau.
Menurut pengasas, Dr Irma Shida Abu Samah, bahan-bahan yang digunakan untuk hasilkan skincare ni asalah bahan-bahan semulajadi berkualiti yang akan bantu kulit nampak lebih baik bukan je pada masa sekarang, tapi juga akan datang dengan penggunaan secara konsisten.
Kalau korang yang muka selalu breakout terutamanya musim-musim kena pakai mask ni, memang sesuailah untuk gunakan skincare ni sebab dia bukan sahaja membantu mengekalkan skin barrier, tapi juga minimalkan liang pori dan melindungi kulit dari sinar bahaya.
Menarik kan?
Maklumat lanjut: https://www.drirma.com.