BANNGKOK Street Food Ubat Rindu Pada Makanan Jalanan Thai
Kalau sempadan negara dah dibuka, negara mana yang korang paling nak pergi? Kalau sis la, sis teringin gila nak pergi Thailand. Ahhh, sepatutnya tahun ni tau sis terbang ke sana, tapi sebab pandemik, plan memang bagai debu jee. Sedih, tapi terpaksa akur.
Benda yang paling sis rindu dekat Thailand adalah street food dorang. Weh, sedap yakmat. Dengan murahnya lagi. Nikmat betul makan dekat sana.
Tapi sis ternampak sharing kawan blogger sis, Weekend Treat pasal satu kafe yang ada benda yang sis nak ni. Paling penting harga dia reasonable dan berbaloi untuk dicuba. Dengan harga bermula RM9.90, korang boleh pilih menu-menu yang korang suka.
Yang penting HALAL! Dengan pengalaman chef selama 15 tahun, korang mesti tak kecewa.
Antara yang sis macam terliur tengok Weekend Treat makan set Khao Pad Thai dengan Siakap Kaeng Som.
Meleleh weh air liur. Aduhh. Katanya memang highly recommended. Memang kena cubalah kan?
Ada juga dessert yang wajib makan kalau ke Thailand iaitu Chattuchak – aiskrim yang dihidangkan dengan pulut, kelapa dan jala mas. Kecur!
Kalau korang pun rindu dengan street food Thailand, bolehlah ke:
BANNGKOK Street Food
Setapak 56-G, Platinum Walk, No.2,
Jalan Langkawi, Kuala Lumpur, 53000, Malaysia
(Sebelah Setapak Central)
Telefon: 013-3936529
Artikel asal: My Weekend Treat