Terus Kekal Positif Di Musim PKP Dengan Wangian Bidara
Di saat negeri lain sudah menerima kelonggaran untuk dine in dekat kedai & sebagainya, negeri yang masih berada di Fasa 1 hanya boleh memerhati dari jauh je. Bilalah agaknya kita boleh bebas ni kan?
Dalam keadaan yang bertimpa-timpa; ekonomi tak menentu, kesihatan diri perlu dijaga seeloknya, tak dinafikan memang susah untuk kita kekal positif. Rasa tertekan tu sampai adakalanya buatkan kita berfikir yang bukan-bukan.
Untuk bantu korang dapatkan aura positif, fikir yang baik-baik, Comel nak share satu wangian yang banyak membantu Comel, iaitu wangian bidara. Yang Comel pakai ni brand anak tempatan, Sidra Atelier Bidara.
Biasa kita dengar kan yang daun bidara ni memang baik sebagai penawar. Jadi set Sidra Atelier Bidara ni gunakan kelebihan buah bidara bukan je dalam shower gel dorang, tapi juga dalam perfume. & juga losyen.
Satu pakej yang boleh buatkan kita kekal positif sepanjang hari.
Antara kebaikan yang boleh korang nikmati dengan wangian bidara ni ialah rasa lebih positif, badan dah tak lesu-lesu lagi & buatkan korang lebih bersemangat untuk jalani kehidupan.
Kalau korang ada masalah tidur macam walaupun dah tidur lama, tapi tetap rasa lesu, rasa tak bermaya, haa dengan pakai ni korang boleh dapatkan tidur lebih berkualiti sebab wangian ni buatkan korang jadi lebih tenang dan selesa.
Masalah kulit gatal-gatal pun boleh cuba ikhtiar gunakan wangian bidara ni selain daripada dapatkan rawatan ubat-ubatan.
Oh ya tak lupa juga, kalau korang ada masalah gangguan makhluk halus dan sewaktu dengannya pun boleh gunakan wangian bidara ni sebagai alternatif yang membantu.
Jangan risau, wangian bidara ni sangatlah light dan tak buatkan korang rasa tengik ke macam mana. Sebab tu bila bau je, akan rasa tenang.
Kalau korang nak dapatkan wangian yang macam Comel ni bolehlah dapatkan di Facebook https://www.facebook.com/sidraatelierbidara/.
Moga segeralah wabak ni berakhir. Dah tak sabar nak bebas macam dulu!
Artikel asal: Comel Comot