Pengalaman Masuk Public Bathhouse Dekat Korea
Kalau tengok K-Drama, banyak sangat benda yang menarik perhatian kita kan. Makanan tu of course la, tak boleh dinafikan. Tapi benda-benda lain pun agak menarik sebab dekat Malaysia memang susah nak jumpa.
Contohnya macam public bathhouse atau pun dalam bahasa Korea dipanggil sebagai Jjimjilbang. Kalau dekat Korea, jjimjilbang ni macam satu port untuk dorang rilek rilek, rehatkan diri lepas penat bekerja atau pun jalani kehidupan seharian.
Dan hari ni Betty nak share sikit pengalaman Betty masuk jjimjilbang dekat Busan Spa Land Centrum City. Lokasi dia senang sangat nak jumpa sebab dia dalam Shinsegae Mall yang boleh dicapai dengan naik subway je.
Sebelum masuk, korang kena buat pembayaran dekat kaunter masuk, atau pun kalau korang dah beli tiket online boleh je scan kod QR. Nanti korang akan diberikan kunci loker untuk simpan kasut dan barang-barang lain.
Kunci loker ni korang kena simpan sebab dia akan digunakan untuk beli snek & makanan dekat dalam sebab memang tak ada pembayaran gunakan cash. Semuanya pakai e-wallet. Nanti bayaran akan dibuat masa korang nak keluar.
Sebelum masuk zon kawasan mandi, korang akan dapat sehelai tuala dan pakaian untuk ditukar. Kat sini, tak boleh pakai pakaian korang sendiri. Semuanya akan disediakan.
Kawasan dalam ni macam dalam gambar ni. Tak nampak macam dalam mall kan? Design pun memang sangat berseni.
Yang bestnya dekat bathhouse Korea ni bila dia memang tawarkan pelbagai servis. Ada bilik sauna, bilik wap yang korang boleh pilih nak suhu macam mana. Paling panas boleh korang dapat ialah suhu 60 darjah.
Gila kan? Mungkin terasa macam dipanggang dalam tu.
Ada satu kawasan mandian yang dalam tu pool dengan bahan mandian berbeza dengan suhu yang berbeza juga. Cumanya dalam ni tak dibenarkan untuk ambil gambar sebab semua orang dalam tu tak akan berpakaian.
Tapi syampu, sabun mandi, losyen badan semuanya ada disediakan untuk kegunaan pengunjung. Best kan?
Kalau korang pun bercadang nak rasai pengalaman masuk jjimjilbang, nanti bolehlah try Busan Spa Land Centrum City ni. Tiket boleh dibeli di https://www.kkday.com/en/product/12213?cid=8100.
Artikel asal: Betty’s Journey