Inspirasi Make-Up Look Gaya Rawlin Guna Set ALTHEA Edisi Istimewa Kotak Hanbok
Korang pernah dengar tak pasal brand kosmetik dari Korea iaitu Althea?
Kalau nak tahu, brand Althea ni antara brand yang femes dekat Korea tau. Sebab tulah Rawlin macam excited bila parcel sampai. Nak pulak packaging dia memang lawa gila!
Yang Rawlin dapat ni Althea Glam dalam box special edition hanbok iaitu pakaian tradisional orang Korea.
Sebelum tu Rawlin nak cerita dulu berapa RM set yang Rawlin beli ni.
- Althea Flawless Creamy Concealer ada 4 shades, setiap satu RM15
- Althea Spotlight Eye Glitter 2 shades, setiap satu RM24
- Althea Watercolor Cream Tint ada 4 shades, setiap satu RM20 kalau beli set cuma RM72 je
- Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL x Althea, setiap satu palette harga RM140
- Althea Skin Relief Spot Film Gel, harga satu tube RM19
Ini antara look yang Rawlin berjaya hasilkan dengan set Glam ni.
Pendapat Rawlin pasal Althea Box ni:
– Watercolour tint dia sangat moist dan elok je warna tu. Tak perlu korang apply banyak sangat melainkan memang korang nak buat look bold.
– Glitter dia dabomb! Sama macam tint tadi. Letak sikit je dah cukup.
– Soft gel tu gunakan sikit je.
– Concealer dia sangat Rawlin in love. Memang magik!
– Pigment eye palette dia adalah yang selama ini kita cari. Sangat-sangat berbaloi dengan harga.
Nak tengok macam mana proses Rawlin dapatkan look ni, korang bolehlah layan video dekat YouTube Rawlin.
Nak dapatkan set yang sama dengan Rawlin? Bolehlah ke https://my.althea.kr/
Artikel asal: By Rawlins
Aduh duh duh. Thanks so much Santai Sini. Segan kitew.