Cadbury Bawa Identiti Kebangsaan Dengan Setiap Gigitan Dairy Milk Pandan Kelapa
Sebut je Cadbury dah terbayang rasa kaya coklat dalam setiap gigitan. Setakat ni, apa je flavour baru yang dorang keluarkan tak pernah lagilah rasa kecewa sebab semuanya sedap!
Yang terbaru ni, Cadbury umumkan yang dorang dah keluarkan satu perasa baru yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia iaitu kepala pandan.
Dengan inovasi terbaharu, Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa ni menggabungkan kehalusan coklat susu dengan bau pandan yang harum serta aroma kelapa yang mana boleh dah korang bau bila buka je packaging.
Wangi!
Untuk pengetahuan korang, Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa ini adalah edisi terhad ketiga lepas Cadbury Dairy Milk Kopi C dan Cadbury Dairy Milk Durian.
Korang kalau nak rasa macam mana gabungan coklat, kelapa dan pandan ni kenalah cepat cepat dapatkan di kedai berhampiran sebab stok untuk edisi ni adalah limited tau.
Yang menariknya, untuk edisi perasa baru ni, korang boleh juga membantu promosikan gerai-gerai kuih tempatan yang korang rasa memang dabomb dan orang lain kena cuba jugak.
Caranya mudah je.
1. Kongsi gambar gerai/penjaja kuih dekat media sosial dengan gunakan tanda pagar #MYCadburyFlavours dan @Cadbury_MY.
2. Jangan lupa juga untuk pinkan lokasi, nama dan lokasi gerai dekat kapsyen korang.
3. Korang pun boleh tengok gerai/penjaja kuih tempatan dengan klik je #MYCadburyFlavours tu.
Nak tengok apa feedback orang lain, bolehlah ke website Cadbury www.cadbury.com.my atau kekal berhubung melalui laman Facebook www.facebook.com/CadburyMalaysia dan Instagram www.instagram.com/Cadbury_MY.
Oh ya, korang duduk rumah je diam-diam pun boleh rasa tau. Dengan cara orderlah dekat platform shopping kegemaran rakyat Malaysia – Shopee dan Lazada.