Tips Beli Kasut Online Yang Ngam Soi Dengan Saiz Kaki
Walaupun musim COVID-19 ni tak ada tempat boleh pergi, tapi mesti ada yang tetap borong kasut dekat online kan? Sebab sale bukan main dasyat lagi. Rambang mata tengok.
Sampaikan boleh jimat hampir ratus RM!
Buat korang yang tak pernah beli kasut secara online, tapi nak beli tapi risau tapi macam macamlah tapinya. Jom tengok apa tips yang Kelly nak share sebelum dia beli kasut online.
Bukan apa, kalau beli online tu memang boleh return, cuma renyahlah. Sebab tu tips ni penting untuk korang guna masa nak beli kasut online. Tak adalah nanti bila kasut sampai, tetiba saiz besarlah, keciklah, sakit kaki walaupun baru pakai sekejap dan macam-macam lagilah masalah yang ada.
1. Ciri
Paling penting korang kena tahu apa ciri yang kasut tu tawarkan. Contoh macam ada aksesori tambahan dekat kasut ke atau korang sukakan yang simple kosong je macam tu. Kalau korang suka pakai insole, cuba tengok jenis insole yang ada kasut tu tawarkan macam mana. Boleh ditukar ke tak.
2. Jenis tapak kaki
Kena tengok jugak sesuai ke tak kasut tu dengan tapak kaki korang. Mungkin ada setengah orang lengkungan kaki dia tinggi, jadi kalau ciri tapak kasut tu rata memang confirm tak sedaplah kan nak pakai. Lastnya kasut tak boleh pakai.
3. Bentuk kaki
Nak senang, lukis kaki korang dekat kertas. Dekat situ korang akan tahu bentuk kaki korang yang sebenarnya macam mana. Biasanya, seller online ni akan bagitahu macam mana nak beli kasut dorang sesuai dengan bentuk kaki korang.
4. Stokin
Kena consider juga, korang suka pakai stoking macam mana. Yang nipis atau pun yang tebal. Kalau yang tebal mungkin saiznya kena berbeza sikit dengan kalau pakai stoking yang nipis. Biasakan lebih ½ inci antara jari kaki terpanjang dengan hujung muncung kasut.
Cari kasut yang betul bukan je penting untuk keselesaan kaki, tapi juga bagi ruang untuk kaki bernafas. Kalau kasut korang memang ngap-ngap je, kaki bukan je rasa macam terpengap tapi juga boleh buatkan bermacam masalah kesihatan kaki datang.
Artikel asal: Sunshine Kelly
Kredit gambar utama: PDQ Funding