Satu Botol Boleh Tahan Sampai 4-6 Bulan, Makeup Remover Paling Jimat
Selain daripada guna cleansing water, korang boleh juga guna makeup remover untuk cuci segala bahan makeup atau pun kotoran dekat muka. Cara dia sama je. Guna kapas atau cuci macam biasa je.
Masalah orang perempuan ni paling dia tak suka ialah jerawat. Tapi korang tahu tak sebab apa jerawat boleh naik?
Sebabnya pori kita ni tersumbat. Kalau dah mula naik jerawat ni, memang susahlah nak cover. Walaupun berkilo tepek foundation dekat muka.
Korang boleh juga baca tips yang Yuyu share untuk hilangkan jerawat dan bintik bintik kecil dekat muka dalam artikel SINI.
Jadi untuk elakkan kulit naik jerawat, cara dia mudah je:
- Jangan biarkan makeup dekat muka lebih dari 8 jam
- Pastikan kulit tu bersih dari sebarang kotoran sebelum tidur
Cara untuk pastikan benda ni terjaga senang je. Guna cleansing water atau pun make up remover daripada Biore ni.
Dia sangat best sebab water based & oil free remover. Bila water based ni, tak adalah korang rasa muka macam melekit semacam je bila pakai. Sekali bilas je dah settle. Lepas pakai je korang rasa best sebab lembap je terasa kulit tu. Nak tidur pun rasa happy!
Dengan formula teknologi Jepun, bukan setakat kekotoran je hilang, lebihan sebum yang jauh dalam pori pun dia bersihkan. Bila benda ni berjaya ditanggalkan, tak ada lah dah masalah kulit kusam. Jerawat pun tak berani singgah.
Siap pelindung UV lagi tu. Mana nak dapat yang tawarkan semua benda dalam 1 produk kan?
Dalam rangkaian produk ni, korang ada 2 pilihan. Satu Oil clear untuk kulit berminyak dan satu lagi Soften Up untuk yang ada kulit jenis normal & kering.
Satu pump je dah boleh cover 1 muka. Jadi kalau sebotol tu boleh tahan antara 4-6 bulan. Jimat teruk kan?
Okeylah, kalau korang rasa nak berjimat macam Yuyu, bolehlah checkitout dulu produk ni dekat Facebook https://www.facebook.com/KaoBiore/ untuk baca lagi review orang lain yang pernah guna.
Yang penting, Yuyu tak menyesal & happy gila!
Artikel asal: Yuyu Zulaikha