Jenis Beg Tangan & Majlis Yang Sesuai Dengannya
Untuk setiap majlis, ada jenis beg tangan yang sesuai tau. Bukan main taram je pakai asal nampak kena pada OOTD.
Ada sesetengah jenis beg tangan yang hanya sesuai untuk majlis tertentu. Sebagai contoh, beg tangan untuk dinner date tak sama dengan beg tangan nak berhibur hujung minggu dengan kawan-kawan. Perlunya lebih elegan gitu.
Okey jadi macam mana nak pilih beg tangan yang sesuai dengan semua jenis majlis? Jom tengok apa tips Sunshine Kelly nak share dengan korang pasal beg yang sesuai dengan majlis tertentu.
1. Satchel – kegunaan harian
Untuk guna setiap hari, Kelly cadangkan korang pilihlah Satchel. Sebab ruangnya yang luas boleh untuk diletakkan segala benda penting yang diperlukan dalam kehidupan seharian.
Pen, purse, make up atau sekali pun snek boleh dimasukkan dalam beg jenis ni. Tapi tetap dalam keadaan yang teratur.
2. Hobo – hujung minggu
Beg jenis hobo boleh korang guna untuk enjoy masa hujung minggu. Beg ni sesuai kalau korang nak short vacation tapi malas nak fikir apa yang penting dan apa yang tak penting dibawa.
Macam contoh, lipstick. Haa campak jelah segala mak nenek lipstick yang korang nak bawa dan enjoy your weekend!
3. Bagpack – kerja
Dengan keperluan untuk bawa laptop, atau tablet bagpack adalah beg yang sesuai untuk keselesaan korang. Kalau dulu orang cakap bagpack ni untuk budak-budak sekolah je, sekarang ni design yang ada dalam market bolehkan orang dewasa pun turut bergaya dengan bagpack.
4. Tote – on the go
Tote bag sangat sesuai kalau korang yang tiba-tiba kena ke mana-mana dengan short notice. Dalam tote bag tu boleh letakkan barang yang korang boleh terus je gerak tanpa perlu pening-pening.
Saiz tote bag yang pelbagai sekarang ni membolehkan korang pilih je yang mana satu yang berkenan. Tote bag sekarang bukan macam dulu, yang designnya hampir sama je.
5. Clutch – nights out
Weekend adalah masa untuk enjoy habiskan masa dengan kawan-kawan. Korang perlukan beg yang nampak effort korang untuk dress up, jadi clutch adalah pilihan terbaik. Sebab nights out adalah masa untuk berhibur.
Tak perlu bawa banyak barang untuk keselesaan sepanjang majlis. Cukup kalau saiznya kecil je.
So, dapat idea tak nak pakai beg apa untuk majlis korang dengan sharing Kelly ni?
Artikel asal: Sunshine Kelly
Kredit gambar utama: abks.net