Calit Calit Dah Cantik, Dengan EasyPeasy Colouring Stick Memang Mudah
Hai girls, korang percaya tak kalau sis cakap ada satu produk yang boleh buat banyak benda?
Contoh macam, itulah dia lipstick, itulah juga boleh buat jadi eyeshadow dan jugak boleh jadi blusher! Dapat bayangkan tak berapa banyak korang dapat jimat kalau macam ni. Nak bergaya dengan beg kecil pun tak risau sebab bawak benda ni je dalam beg.
Sherlyn nak share yang baru ni Sherlyn trylah produk EasyPeasy Colouring Stick kod No 7 Sweet Red Pepper. Dan Sherlyn suka gila.
Sebab packaging dia mudah nak bawa, tak payah risau leaking ke apa sampai kotorkan benda lain dalam beg, ringan dan sangat senang nak guna.
Efek finishing dia memang sangat soft, masa apply tu agak creamy tapi korang terus je ratakan guna beauty blender atau jari, memang elok je tak bercapuk.
Untuk warna pulak, Sherlyn ingatkan dia akan jadi merah menyala tau, tapi bila dah blend nampak elok je. Cumanya kalau korang cari blusher yang pigmented, colouring stick ni bukan option untuk korang.
Tapi, boleh je build up kan warna tu dengan apply beberapa lapis dan blendkan.
Dengan stick ni jugak korang boleh gunakan sebagai eyeshadow, apply ke sikit dekat kelopak mata dan blendkan guna jari atau berus. Kalau dekat bibir, korang boleh terus je apply macam tu.
Overall Sherlyn rasa kalau korang nak beli pun memang sangat berbaloilah.
Terutamanya kalau nak pergi buat aktiviti outdoor dan tetap nak nampak berseri tanpa makeup. Kalau masa MCO, ni bolehlah guna juga dekat rumah untuk mood wfh, tak pun masa tiba-tiba je bos cakap nak zoom meeting.
Oh ya, sekarang ni korang boleh jimat RM11 bila korang beli guna link http://hicharis.net/sherlynshuxian/KWD tau.
Jangan lupa bila dah beli, sharelah pulak experience korang dengan Sherlyn dekat komen di FB Santai Sini.
Artikel asal: Read Sherlyn