Guna Bunga Sebenar Dalam Produk, Aksesori Ilham Dari Alam Ni Memang Lain Dari Lain
Pemilihan aksesori bukan je sebagai pelengkap kepada gaya tetapi juga memberi makna dan mesej tertentu sama ada kepada pemakainya atau pun yang melihat.
Contohnya aksesori macam pin riben merah jambu yang bawa maksud kepada awareness kepada kanser payu dara yang dipakai untuk sampaikan mesej kepada masyarakat.
Kalau untuk orang pencinta alam, aksesori apa yang boleh dia gunakan?
Okey, Ayu nak share satu brand aksesori yang baru Ayu jumpa. Bagi Ayu, benda ni sangat unik & menarik.
TerezaVarga
Aksesori daripada TerezaVarga ni semuanya diilhamkan daripada alam semula jadi. Dan jangan hairanlah kalau korang boleh jumpa aksesori yang siap ada bunga hidup lagi tau.
Design dia pun memang menarik. Tak hairanlah jugak sebab TerezaVarga ni ada kelulusan daripada Akademi Seni.
Bermula dengan buat hadiah eksklusif, brand ni beralih kepada aksesori kaca dan produk hiasan dengan gabungan kaca berwarna.
End produk memang superb! Sebab setiap produk ni handmade tau. Dibuat dengan kasih sayang gitu.
Untuk pembelian atau tengok produk-produk yang dihasilkan Terezavarga, korang bolehlah pergi ke website www.terezavarga.com atau pun IG https://www.instagram.com/terezavarga/
Artikel asal: Ayu Arjuna