OOTD Cute Ala Gadis Korea
Sekarang ni sebabkan K-Drama dah terlampau popular, fesyen dari Korea dah jadi macam fenomena baru di dunia, termasuklah dekat Malaysia.
Bermula dari 2014, semakin banyak pakaian & idea-idea fesyen dari negara Korea dibawa masuk ke Malaysia untuk peminat-peminatnya.
Tak terkecuali Sherlyn.
Hari ni Sherlyn nak share OOTD ala gadis-gadis Korea.
- spaghetti strap dari Kitschen
- high waist short dari Cotton On
- heels dari Vincci
- chiffon top dari Forever 21
Semua ni Sherlyn beli masa sale. Nampak mahal tapi sebenarnya tak pun, sebab banyak diskaun.
Oh, tak lupa juga cermin mata dengan gelas petak besar yang selalu orang Korea guna. ;p
Untuk rambut, Sherlyn ambil inspirasi dari artis K-pop, IU iaitu stail top bun. Cara nak buat to bun ni senang je. Korang boleh rujuk tutorial dekat gambar bawah:
Padanan rambut top bun style IU ni Sherlyn rasa sangat sesuai dengan OOTD Sherlyn hari ni.
Btw, kalau ada yang tanya apa tips Sherlyn mix & matchkan baju Sherlyn, jawapan Sherlyn ni semua seni. Korang bebas je nak buat apa, nak gayakan macam mana.
Tak ada yang salah, tak ada yang betul. Sebab kalau korang rasa konfiden dengan apa yang korang pakai tu, dia akan buatkan korang lebih confident nak berdepan masyarakat.
Tak perlu kisah apa yang orang nak cakap.
You be you!
Artikel asal: Read Sherlyn
Kredit gambar utama: Pinterest/Baidu