Tips Yuyu Borong Kasut & Mix Match Kan Dengan OOTD
Sekarang ni banyak dah lubuk online atau pun offline yang boleh korang dapatkan kasut berkualiti dengan harga yang murah.
Kalau macam hari tu, Mommy Comel share dia borong samapai dua beg penuh dekat J-Mottainai, hari ni kita tengok pulak Yuyu biasanya borong kasut dekat mana.
Dekat nile ni best sebab macam-macam jenis barang ada. Bukan setakat kasut, baju, aksesori, beg je tau. Oven dengan buku pun boleh korang dapat dalam ni.
Tapi untuk kali ni Yuyu nak share pasal kasut jelah. Macam mana Yuyu mix & matchkan kasut dengan OOTD Yuyu.
Percayalah korang kalau Yuyu kata memang benda kat sini semua murah-murah. Selaras dengan nafsu shopping kita orang perempuan ni. ;p
1. Boots hitam
Warna hitam memang tak akan pernah buat kita bosan. Senang cakap warna kegemaran sezaman. Padankanlah dengan apa pun, memang sesuai.
Tapi kalau boots yang Yuyu beli ni, Yuyu sesuaikan untuk OOTD pergi event atau lepak jalan-jalan. Simple.
2. Roman Design HighHeels
Kalau rasa nak sweet sweet sikit, Yuyu akan pakai high heels ni. Terasa macam princess sikit. Matchkan dengan skirt warna soft, handbag yang cute cute memang terhasillah look perempuan terayu.
3. Skull Head Design Shoe
Kalau pakai abaya atau jubah hitam biasanya kita akan ada tendency untuk pilih kasut hitam jugak kan? Tapi Yuyu akan cari kasut yang dari jauh 1km boleh nampak, macam warna hijau neon ni. Tak adalah OOTD hari tu nampak suram sangat bila semua pun warna hitam.
Korang rasa semua kasut Yuyu ni harga dia berapa? Cuba teka…
Okey, buat pengetahuan korang setiap pasang kasut Yuyu beli dekat nile.com.my ni tak sampai RM50 pun.
Korang kalau nak cari jugak kasut murah & best bolehlah borong dekat nile.com.my.
Artikel asal: Yuyu Zulaikha