Lokasi Panas Jualan Durian Murah Dekat Selangor
Musim raja buah ni memang antara musim yang paling rakyat Malaysia nantikan.
Walaupun kita semua tersekat dek kerana PKPD, tak bermakna yang kita kena sekat jugak keinginan nak makan raja buah durian ni kan?
Buat korang yang tinggal dekat Selangor, sini sis nak share beberapa lokasi panas yang boleh korang dapatkan durian dengan harga yang murah & berkualiti.
1. Say Heng Durian Stall, Subang Jaya
Kualiti durian dekat sini memang tak payah cakap lah. Dah 20 tahun meniaga durian, dekat sini macam-macam jenis durian korang boleh dapatkan. Daripada yang premium macam Udang Merah sampaikan durian gred D24, semuanya ada.
Nak tengok apa yang ada, korang scoll jelah website https://www.sayhengdurian.com.my/ atau pun contact 012-9992333.
2. Durian Bear, Petaling Jaya
Sebut je durian dekat PJ, tak sahlah kalau tak ada Durian Bear. Dekat sini, korang bukan je boleh dapatkan buah durian ori, tapi jugak produk lain yang berasaskan durian macam krepe durian, kek durian, cendol durian dan tempoyak.
Layari https://durianbear.my/ atau hubungi nombor 016-8947992
3. Ezy Durian, Batu Caves
Ezy Durian ni antara yang femeslah kalau datang musim durian. Memang harganya agak murah berbanding dengan penjual durian lain.
Yang paling best, caj delivery dorang tersangatlah murah. Ada tempat yang FOC je. Kalau durian korang tak okey, boleh minta untuk refund.
Layari https://www.ezydurian.com.my/ atau hubungi 011-2081 9711
4. Pasar Tani Kekal Selayang
Dekat sini, bukan setakat durian, korang boleh juga dapatkan pelbagai jenis buah-buahan setiap kali musim buah tiba. Dibuka dari 8am sampai 4pm, semua buah dekat sini segar-segar belaka sebab daripada kebun berdaftar FAMA.
Boleh hubungi 019-6630733.
5. Berkeley Durian, Klang
Dah ada dalam industri durian sejak tahun 1875 lagi, Berkeley antara peniaga yang korang boleh dapatkan buahan segar. Udang Merah, Butter King, Black Thorn semua dorang ada.
Maklumat lanjut boleh hubungi 016-6491511 atau yang berdekatan bolehlah order je dekat Grab.
6. Durianity, Puchong
Terletak dekat IOI Boulvard, Puchong, Durianity bukan je sediakan buah durian segar tapi juga produk menu unik yang berasaskan durian. Kalau korang nak rasa pizza durian, nasi goreng durian atau pun kopi durian, haa bolehhlah order dari sini.
Sama jugak macam Berkeley, Durianity pun ada dekat Grab. Atau korang contact je nombor 012-5228611 untuk maklumat lanjut.
7. Durian Man, Petaling Jaya
Dulu Durian Man ni stall kecil je. Tapi sebab dah meniaga sejak 1998, Durian Man semakin membesar dan ada peminatnya sendiri. Paling gempak sebab Durian Man ni selalu buat event buffet durian. Makan sampai kenyang.
Korang yang nak tahu pasal aktiviti Durian Man, bolehlah hubungi 012-2345619 untuk maklumat lanjut atau terus ke website https://www.durianmanss2.com/.
Yang bestnya orang Klang Valley kalau mengidam durian dah tak perlu nak keluar rumah. Order je dan durian akan di deliver terus ke depan rumah korang.