Kulit Selembut Mochi Dengan Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower
Korang suka makan mochi tak? Ala, dessert Jepun yang orang panggil onde-onde Jepun tu. Best kan bila pegang? Gebu. lembut dan kenyal je rasa tekstur dia.
Kalau sis kata, korang boleh dapat kulit macam mochi, korang percaya tak?
Okey, produk baru dari Shokubutsu iaitu Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower membolehkan korang dapat kulit idaman selembut mochi.
Hanya dengan satu langkah je masa mandi, korang bukan takat membersih, tetapi juga melembapkan bahagian badan & muka masa mandi. Ya, sebab tekstur dia yang lembut, korang juga boleh guna sabun ni untuk muka!
Menarik kan?
Kadang-kadang lifestyle yang sibuk buatkan kita tak sempat nak jaga kulit badan macam kulit muka. Sebab apa? Alasannya sebab bukannya orang nampak pun kulit badan kita.
Eh tak boleh macam tu. Bukan kulit muka je kena jaga, kulit badan pun sama. Sebab pengabaian inilah yang sebabkan proses penuaan berlaku lebih cepat sebab kulit badan tak dapat penjagaan yang sepatutnya macam kulit muka.
Yang ada lifestyle yang sibuk tu, wajarlah korang gunakan Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower sebab senang & cepat.
Dalam masa penggunaan konsisten 2 minggu, korang boleh nampak perubahannya. Sebab kandungan di dalamnya ada khasiat semula jadi:
- Minyak Tsubaki, satu ramuan penting dalam amalan kecantikan Jepun dan menjadi rahsia kecantikan di kalangan Geisha;
- Minyak Bran Beras, satu ramuan anti-penuaan yang membantu kulit wajah untuk tampak anjal dan tegang sambil mengekalkan kelembapannya;
- Ekstrak Tapai Beras, yang kaya dengan mineral dan asid amino yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kelembapan kulit, tekstur, daya tahanan, serta penampilan keseluruhan yang lembut dan sihat.
Maklumat lanjut boleh layari: https://www.facebook.com/ShokubutsuMalaysia/
Artikel asal: Kite Punye