Tips Pakai Krim Mata Untuk Muka
Biasa orang pakai krim mata untuk mata kan? Iyelah nama pun krim mata. Tapi korang tahu tak yang krim mata sebenarnya boleh guna untuk keseluruhan muka?
Jom tengok apa yang Rawlins belajar dalam satu kelas untuk ni.
Dengan gunakan produk The Real Eye Cream for Face by AHC yang terjual 1 unit dalam masa 2 saat je dekat Korea. Memang benda ni buat kita tertanya apa yang best sangat kan.
Okey sebelum apply krim ni, kenalah prep muka dulu. Macam Rawlins guan AHC Premium Hydra B5 Toner dan Lotion. Dekat sini kita buatlah step step yang memanjakan muka. Urut urut sikit.
1. Sapu krim dekat kawasan bawah mata, dahi, pipi dan dagu dalam bentuk line.
2. Urut kawasan leher dari depan ke belakang, tekan guna tapak tangan.
3. Urut dari kawasan tengah muka menghala ke luar. Jangan lupa tekankan bahagian pelipis, belakang telinga dan ke arah garisan rahang dan dagu.
4. Urut bahagian bingkai mata bawah dengan jari manis, bagi tekanan ke arah pelipis dan kening.
5. Dengan lembut, tekan bahagian bingkai mata atas dan kelopak mata menghala ke pelipis.
6. Urut guna jari tengah, ke arah atas mulut untuk garis-garis ketawa dan lancarkan edaran darah ke kawasan mulut untuk bibir lebih mugil.
7. Tekan kawasan jambatan hidung di setiap sisi menghala ke atas.
8. Buat tangan dalam bentuk penumbuk, urut bahagian dahi ke atas gunakan buku jari yang lembut.
9. Buat symbol peace, letakkan jari antara telinga dan urutkan muka.
10. Pandang 45 darjah ke kanan, badan & bahu kekal ke depan. Letakkan tangan kanan di belakang telinga kiri, urut ke bawah menghala leher dan bahu. Beri tekanan yang sama untuk bahagian sebelah lagi.
Senang je kan? Bolehlah korang pun cuba nanti.
Artikel asal: By Rawlins