4 Tips Penting Yang Perlu Korang Consider Sebelum Beli Dress
Tak kisahlah untuk majlis perkahwinan ke, prom ke, nak pilih dress mesti akan buatkan kita pening. Yelah, dress bukan baju biasa. Untuk majlis istimewa, dress hanya dipakai sekali tu untuk rakamkan momen tertentu.
Jadi bila tersalah pilih dress, mungkin momen yang sepatutnya jadi momen paling berharga jadi momen yang tak nak diingati.
So, jom tengok macam mana Kelly pilih dress.
1. Tema
Benda ni memang korang kena bear in mind. Tema penting supaya dress yang korang beli sesuai dengan konsep majlis. Kalau tak ada tema, korang boleh tengok daripada segi anjuran majlis apa.
Contoh kalau majlis makan malam, mungkin boleh pilih dress yang tidak terlampau heavy dan menonjol. Dalam masa yang sama tetap elegan dan nampak manis.
2. Bajet
Bajet adalah benda kedua yang kena korang kena set sebelumbeli dress. Kalau bajet korang memang berapa je tak kisah, bolehlah terus beli daripada jenama branded. Kalau tidak, kena buat research dulu sebelum terus beli.
Sebab pilihan dah banyak sekarang, online shop banyak yang tawarkan dress berkualiti yang cantik-cantik dengan harga jauh lebih murah – bukannya terlampau murah sampai terabai kualiti.
3. Skin tone & body type
Sebelum pilih warna, tengok jugak sesuai ke tidak dress tu dengan skin tone dan body type korang.
Untuk orang yang saiz badan standarad, mungkin agak senang. Tapi kalau jenis badan epal contohnya, kena pilih supaya bahagian dress tak terlampau melekat sangat pada satu-satu bahagian.
Pilihan ni penting untuk serlahkan lagi korang punya aura dalam majlis tu.
4. Aksesori
Buat pilihan awal-awal. Jangan last minute. Sebab lepas cari dress korang kena cari pula aksesori yang sesuai supaya penampilan korang nampak lebih menawan. Tak adalah nampak kosong je.
Penting untuk save budget, tapi jangan sampai aksesori yang korang pilih tu nampak tak berkualiti dan murah. Apa kata besarkan sikit bajet, supaya lebih banyak pilihan yang korang boleh pilih.
Tak lupa juga handbag, subang, rantai sebagai pelengkap penampilan.
Artikel asal: Sunshine Kelly
Kredit gambar utama: La Crosse Tribune