Micellar Cleansing Water Yang 100% Daripada Ekstrak Tumbuhan Organik
Teknik double cleansing memang sangat penting. Walaupun tak pakai makeup. Sebab cuci muka dengan pencuci sahaja tak cukup untuk cuci semua kotoran yang ada dekat kulit.
Kalau pakai makeup, lagilah kena cuci bersih kalau tidak nanti kulit akan tersumbat dengan kotoran. Bila lama-lama tersumbat, korang tahu kan lepas tu apa akan jadi? Kulit akan jadi kusam, boleh naik jerawat sebab liang pori tersumbat.
Jadi blogger Weekend Treat nak share satu micellar water yang 100% daripada ekstrak tumbuhan organik daripada Eversoft.
Lebih 20 tahun berada dalam pasaran, Eversoft memang terkenal dengan produk-produk organik yang dikembangkan dengan teknologi Jepun tanpa bahan kimia yang keras.
Yang bestnya, micellar water dari Eversoft ni terasa macam air je. Bila disapu dekat muka, tak terasa melekit. Lembap je rasa dekat kulit. Kulit pun tak terasa perit tak kisahlah apa jenis kulit korang pun sebab disediakan dalam 3 varian.
Tak ada paraben, SLES/SLS, propilena glikol, phthalates, wangian, alkohol, minyak mineral dan pewarna.
Diperkayakan dengan ekstrak avocado, antioksidan vitamin E membantu mengekalkan kulit tetap awet muda & anti penuaan. Ini yang paling perempuan tengok kalau nak beli kosmetik/skincare kan?
Kalau korang berminat nak dapatkan, bolehlah pergi ke pasar raya, pasar raya besar dan farmasi di seluruh negara dengan harga RM25.90.
Artikel asal: My Weekend Treat