Borong Penuh 2 Beg, J-Hunt Mottainai Store Lubuk Kasut ‘Made in Japan’
Kalau tanya peminat kasut, ramai yang akan cakap kasut dari Jepun adalah salah satu kasut yang wajib dorang miliki. Bukan sebab murah je, tapi kualiti yang ditawarkan pada kasut tu pun memang berbaloi lah nak dibayar.
Macam Comel jugak. dia nak share pengalaman pergi satu kedai kasut Jepun best yang baru je dibuka di Malaysia.
J-Hunt The Mottainai Store
Berita baik untuk orang-orang Subang Jaya, korang dah boleh borong kasut harga yang murah tanpa perlu risau pasal kualiti sebab dekat sini, semua barangan dia memang kualiti superb!
Paling best sebab boleh sampai naik public transport je. Tak payah pening-pening fikir pasal parking ke, sesat jalan ke. Mudah kan?
Macam yang Comel kata, ini first time dia shopping tanpa perlu risau barang dah penuh 2 bakul. Dan rasanya ramai je yang masuk sini akan rasa benda sama. Lagi-lagi kalau korang memang suka barang made in Japan.
Antara yang paling best jugak, founder store ni memang cintakan alam sekitar sampai prooduk yang dorang hasilkan jugak sentiasa kena dengan konsep 3R – Reuse, Reduce & Recycle.
Tambah satu lagi R, motto dorang Respect. Hebat kan?
Kalau korang peminat tegar preloved item, dekat J-Hunt Mottainai Store ni korang boleh dapat item preloved dengan kualiti premium. Syurga!
Selain daripada kasut, korang jugak boleh dapatkan pakaian, barang sukan, beg, barang dapur, jam tangan dan macam-macam lagi dekat sini.
Tak cukup cash? Jangan risau banyak lagi option lain yang korang boleh pilih untuk buat pembayaran.
Kalau korang pun berminat nak pergi J-Hunt Mottainai Store ni bolehlah Waze je alamat Aeon Big Subang Jaya. Store ni terletak dekat Tingkat 2 tau.
Maklumat lanjut boleh layari website http://jhunt.com.my/ atau Facebook https://m.facebook.com/jhuntmottainaistore/ dan IG https://www.instagram.com/jhuntmottainaistore/.
Selain daripada kat sini, hari tu kawan blogger Comel, Weekend Treats ada share juga lubuk bundle terbaik dari Jepun dalam artikel: Lubuk Baju Preloved Murah & Cantik Dengan Harga Serendah RM1
Artikel asal: Comel Comot