Sentuhan Konsep Moden Kontemporari Dari Jenama Beg Lokal Dengan Harga Mampu Milik
Korang pernah dengar pasal TAS KL tak?
Kalau nak tahu TAS KL ni jenama local yang jual beg-beg berkualiti tinggi dengan harga mampu milik.
Nak tahu apa yang paling best pasal TAS KL ni jom dengar apa kata Ayu Arjuna.
Eksklusif
Kita orang perempuan ni memang cerewet sikit.
Kalau ada event ke apa, OOTD dari atas sampai bawah mesti nak kena ikut tema kan? TAS KL adalah tempat paling sesuai untuk korang yang suka follow tema majlis.
Bila tempahan ikut permintaan ni, kena faham sendirilah yang penghasilan setiap item tu agak terhad. Kalau ada yang dorang keluarkan ikut musim tu memang cepat sold out sebab kuantiti yang dihasilkan tak banyak dan semestinya design-design tu eksklusif.
Sebenarnya jenama TAS KL ni dah besar pun, dorang banyak collab dengan pereka & brand tempatan yang besar-besar macam JAKEL, Kalung.co dan Metrojaya.
Amber Chia pun approved!
Detailing
Design bermusim yang dihasilkan memang akan curi perhatian setiap kali dilancarkan. Sebab sangat elegan & sesuai dengan imej feminim wanita & tampilkan aura elegan si pemakainya.
Detailing sangat dijaga supaya setiap yang diletakkan dekat beg tu sesuai dengan design dia.
Untuk majlis formal, beg TAS KL memang bantu untuk lengkapkan look OOTD korang.
Aksesori
Selain daripada beg tangan, TAS KL juga ada sediakan perkhidmatan barang aksesori yang dihasilkan ikut kehendak pelanggan.
Macam yang baru ni, dorang kembalikan nostalgia zaman remaja dengan aksesori gelang siap ada nama untuk tujuan charity.
Sambil membeli, sambil menderma. Berbaloi kan?
Kalau korang ada nak customize sendiri, bolehlah follow TAS KL dekat:
IG: https://www.instagram.com/tas_kl/
FB: https://www.facebook.com/tasklonline
Artikel asal: Ayu Arjuna