Pantai Teluk Ketapang, Port Camping Paling Tenang Dekat Kuala Terengganu
Kalau ke Kuala Terengganu, selain daripada melawat pulau-pulau menarik, korang tahu tak yang sebenarnya aktiviti camping dekat pantai adalah salah satu yang wajib korang try.
Sambil lepak-lepak, korang boleh nikmati udara segar yang memang tak akan dapat dekat bandar.
Jom tengok apa yang Huda nak cerita pasal pengalaman camping dia dekat Pantai Teluk Ketapang, salah satu pulau yang boleh buat korang lupa segala masalah yang ada.
First sekali sebab apa Pantai Teluk Ketapang? Sebab kawasan dekat pantai ni sangat luas dan pokok pun banyak. Kalau cuaca panas sekali pun, tetap rasa redup je… Lagi satu nak gantung hammock pun senang tau.
Selain daripada tu, fasiliti kat sini memang memudahkan pengunjung. Ada playground, tandas dan surau. Senang kan?
Cuma kalau nak ke pantai tu, agak jauh jugaklah dalam 5-10 minit jalan kaki.
Buat korang yang first time nak camping, bolehlah belajar dari FB Group Family Camping. Dekat situ macam-macam korang boleh belajar. Dan ini step yang betul, yang Huda dapat daripada otai otai untuk set up khemah.
1. Pasang ground sheet dulu, barulah pasang khemah atas ground sheet. Langkah ni penting supaya khemah kita tak rosak kalau ada benda tajam dekat tanah.
2. Dan settle pasang khemah, barulah pasang fly sheet. Fly sheet ni fungsi dia untuk block cahaya matahari. Kalau angin kuat memang mencabar nak pasang.
3. Dah siap tu bolehlah teruskan dengan pasang hammock. Seronok!
Banyak-banyak yang best dalam camping mestilah part makanan kan? Dan tak lengkap sesi bercamping kalau tak ada BBQ. Tapi kalau angin kuat memang agak mencabar, api asyik terpadam je.
Antara ativiti yang Huda buat dengan anak-anak supaya dorang rasa camping ni lagi best dan tak bosan:
- main kereta control
- santai atas hammock
- main kad magic
Kalau korang nak privacy, Huda cadangkan datang pagi dan balik petang. Sebab bila dah petang, kawasan pantai memang akan meriah dengan orang yang datang. ATV pun ada tau.
Jadi kalau ke Kuala Terengganu nanti, bolehlah masukkan camping sebagai salah satu aktiviti korang ya.
Artikel asal: Cerita Huda