Beg TAHAN Lasak Yang Sesuai Untuk Gaia Hidup Aktif
Sling bag ni memang sesuai dipakai, tak kisah lah lelaki ke perempuan. Sebab gaya dia yang praktikal, sling bag sentiasa jadi pilihan berbanding beg-beg lain. Lagi lagi kalau saiz besar. Memang perempuan suka sangatlah. Senang sumbat segala benda yang ada.
Okey, kalau korang jenis yang aktif, hari ni Ayu nak share pasal satu beg yang sangat tahan lasak dan boleh korang gayakan ikut keselesaan.
TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag
Korang dengar nama dia pun dah terasa yakin kan nak beli & guna. Baru-baru ni, sebabkan ada promo, Ayu pun adalah beli sebuah dari PTT Outdoor.
Dan Ayu memang puas hatilah sebab material dia kalis air. Jadi kalau hujan pun, barang dalam beg masih selamat. Tengok jelah fabrik yang dorang guna iaitu oxford dan polyester. Memang tak payah sembang banyak.
Hanya ada 2 je warna yang dorang tawarkan iaitu dark green dengan biru. Yang Ayu ambil ni warna dark green. Nampak elegen gitu.
Dan yang paling Ayu suka sebab banyak betul poket dalam ni. Jadi bolehlah Ayu asingkan barang-barang ikut kategori. Lebih kemas dan sistematik lah kan.
Zip dia pun memang kukuh, tak adalah baru 10 kali korang buka tutup, dah nak tercabut dibuatnya.
Yang ada gaya hidup aktif, sentiasa bergerak ke sana ke sini, bolehlah get one for yourself. Berbaloi-baloi!
Artikel asal: Ayu Arjuna