Lubuk Baju Preloved Murah & Cantik Dengan Harga Serendah RM1
Sekarang ni memang tengah trend beli barang-barang preloved atau pun bundle. Kalau dulu mungkin ada yang skeptikal pasal barang preloved ni. Kononnya tak ada class la sebab beli barang lama.
Tapi personally, sis okey jur beli barang preloved asalkan barang yang dibeli tu masih elok dan masih nampak cantik. Lagipun banyak boleh jimat tau dengan barang-barang preloved ni. Biasanya banyak barang preloved yang dibawa masuk dekat Malaysia berasal dari negara luar macam UK, US, Korea dengan Jepun.
Okey kalau korang suka dengan barang preloved, blogger Weekend Treat nak share lubuk barang preloved murah dari Jepun.
Jalan Jalan Japan
Buat yang tak tahu, Jalan Jalan Japan ni memang lubuk pelbagai barangan dari Jepun. Dan kebanyakannya memang viral macam baju-baju yang dijual.
Korang bayangkan lah dekat sini boleh dapat baju serendah RM1 tau! Giler tak happy. Kalau beli baju baru mungkin sehelai paling murah pun boleh dapat dalam RM10, tapi dekat sini dengan nilai yang sama korang boleh dapat 10 helai baju tau.
Orang perempuan kalau masuk sini, memang tak nampak dah signboard pintu keluar. Rambang mata!
Yang Weekend Treat pergi ni dekat 1Shamelin Mall, Maluri.
Baju orang besar, budak-budak semua ada. Korang hanya perlu pilih je… dan bayar. Lepas tu balik dan cuci dulu sebelum digunakan.
Kadang-kadang Jalan Jalan Japan ni ada buat promo.
Macam yang Weekend Treat pernah join, satu beg plastik baju boleh dapat dengan harga serendah RM5. Tak kisahlah berapa banyak baju yang korang ambil, asalkan muat 1 plastik dikira harga RM5.
Masa nilah skill lipat kain diperlukan. Berbaloi-baloi kan?
Nanti bila sektor jualan pakaian dah dibenarkan buka, korang jangan lupa pergi serbu Jalan Jalan Japan kay. Yang penting tetap jaga SOP!
Kalau korang nak beli online atau nak tahu dekat mana lagi ada branch Jalan Jalan Japan ni, korang boleh check-it-out dekat: https://www.jalanjalanjapan.com.my/
Artikel asal: My Weekend Treat
Kredit gambar utama: My Weekend Treat/Foodlifecious