9 Tempat Menarik Untuk Pelancongan Eko Di Selangor
Lama sangat berkurung dekat rumah, ramai yang ambil peluang untuk plan dulu cuti untuk masa depan. Siap dengan bajet sekali. Senang nanti lepas je sektor pelancongan dah buka, terus je pergi ikut plan tadi.
Kalau korang jenis yang suka lawat tempat-tempat semula jadi, dekat Selangor memang banyak kawasan pelancongan eko. Jom Seri Wangi ada nak share 9 lokasi menarik untuk dilawati di Selangor.
***
1. FRIM, Kepong
Dulu waktu anak-anak Seri Wangi kecik, suka bawak dorang datang sini. Rasa tenang je tengok kehijauan alam sekitar dekat sini.
Jangan pandang remeh, FRIM ni bukan sekadar hutan tau. Dekat sini korang boleh buat banyak aktiviti macam Sky Walk, jogging dekat Rover Track, berkelah, memancing, hiking & macam-macam lagilah.
Maklumat lanjut, boleh hubungi: FRIM (03-62797000 atau 03-62797575).
2. Taman Eko Rimba Kanching
Ini memang port wajib lawat kalau ke Selangor. Seronok betul tengok air terjun yang cantik dekat sini. Tapi nak mendaki tu mencabar sikitlah sebab Sungai kanching ni ada 7 lapisan air terjun setinggi 208 meter.
Makin tinggi korang daki, makin sukarlah perjalanannya. Tapi puas hatilah tengok view macam ni.
Maklumat lanjut, layari www.selangor.travel atau hubungi 03-55132000.
3. Skytrex Sungai Congkak, Hulu Langat
Kalau korang suka aktiviti lasak, datanglah sini. Skytrex ni memang terkenal sebagai Malaysia First Flying Fox Park yang lebih panjang berbanding cawangan lain dekat Langkawi & Melaka.
Sambil buat cabaran, sambil tu boleh layan mata tengok kehijauan alam sekitar.
Maklumat lanjut, layari www.skytrex-adventure.org atau hubungi +6013 276 9841.
4. Bukit Broga, Hulu Langat
Bukit Broga ni memang femes sebagai tempat hiking. Ramai yang sampai puncak kata view dari puncak Broga memang cantik. Sebabkan ketinggian dia tak berapa tinggi, semua golongan umur sesuai je nak naik. Sejam dah sampai.
Lepas dah mendaki, lepak-lepak minum air kelapa. Fuh, nikmat!
Btw, 10x korang panjat Broga, maknanya korang dah berjaya ‘panjat’ Gunung Kinabalu tau.
Maklumat lanjut, layari www.mpkj.gov.my atau hubungi 03-87377899 / 03-87371789.
5. White Water Rafting, Hulu Selangor
Yang sangat sukakan air & cabaran, tak sah kalau tak cuba water rafting. Dengan laluan sepanjang 8km, korang akan belajar skill survival atas rakit. Mental memang kena kuat. Aktiviti berseorangan pun ada.
Maklumat lanjut, layari www.malaysia-whitewater-rafting.com atau hubungi +6012- 4653307.
6. Water Tubing, Hulu Selangor
Ini sama macam water rafting tapi lagilah mencabar sebab korang hanya akan guna tiub. Makin laju arus sungai, makin lajulah tiub tu bawak korang. Dengan hanya jaket keselamatan, tak ada dayung, korang akan belajar macam mana nak kawal diri masa dalam air.
7. Taman Alam, Kuala Selangor
Masuk sini memang seronok ambil gambar sebab suasananya yang aman & tenang. Laluan sepanjang 4km disediakan untuk pengunjung selusuri keindahan alam ciptaan Tuhan ni.
Ada juga menara tinjau kalau korang nak tengok burung-burung yang ada. Kata mereka lebih 150 spesis dari serata dunia tau ada dekat sana. Cantik!
8. 4×4 Adventure Teratak Riverview, Hulu Selangor
Dekat sini, korang akan dibawa lawat kawasan kampung dengan kereta 4×4. Masuk sungai, masuk paya, masuk kebun buahan, memang satu pengalaman yang menarik. Paling best dekat sini bila boleh berkelah tepi sungai.
Sejuk sangat!
Maklumat lanjut boleh layari www.teratakriverview.blogspot.com atau pun 012-5653397.
9. Paragliding (Bukit Jugra, Kuala Langat & Bukit Batu Pahat, Hulu Selangor)
Dekat 2 bukit ni, korang boleh buat aktiviti paragliding dengan jarak 400 kaki dari paras laut. Yang sukakan cabaran bolehlah cuba. Ambil pengalaman dulu sebelum pergi paragliding dari paras yang jauh lebih tinggi.
Maklumat lanjut boleh layari www.mdkl.gov.my atau 03-318036694, www.mdhs.gov.com atau 03-60641235.
Nak tahu lanjut tentang kawasan pelancongan dekat Selangor, bolehlah ke website www.selangor.travel atau pun Facebook Tourism Selangor.
Artikel asal: Keunggulan Wanita