Resepi Hotpot Kambing Mala Szechuan, Senang & Sedap
Ada tak peminat Mala Hotpot dekat sini? Bila Kelly dapat je True Aussie Lamb Shabu Shabu, benda pertama yang Kelly terfikir ialah Mala Hotpot. Jom, Kelly share respi Mala Szechuan Hotpot yang boleh korang cuba buat dekat rumah!
Bahan-bahan:
- 1 pek Australian Lamb Shabu Shabu
- 1 pek base Haidilao Mala Hotpot Ready-to-Cook
- Pelbagai jenis sayuran macam labu, baby corn, lobak, brokoli, tofu, bean curd skin
- Daun ketumbar
Bahan pencicah Mala Hotpot
- 2 sudu teh kicap
- 1 sudu teh minyak bijan
- ½ sudu teh bawang putih dipotong dadu
- ½ sudu teh cili padi
- ½ sudu teh daun bawang
- ½ sudu teh daun ketumbar dipotong kecil
- Secubit bijan
Cara penyediaan:
1. Tambah 800ml air ke dalam periuk dan tambahkan base hotpot tadi. Masukkan sayuran dan tofu. Biar sampai mendidih.
2. Untuk sos pencicah: campurkan semua bahan.
3. Celup daging kambing dalam kuah mala yang mendidih beberapa saat sebelum cicah dengan sos pencicah dan enjoy!
Menu ni memang sangat sesuai kalau makan masa musim hujan. Fevret Kelly sebab Kelly suka sup dan makanan pedas. Lamb Shabu Shabu ni pulak memang daging berkualiti, lepastu dia punya lembut perfect untuk hotpot, steamboat, shabu-shabu.
Jangan risau, daging ni memang halal dan diimport ke Malaysia secara selamat. Korang kalau nak tahu lebih lanjut pasal daging ni bolehlah ke website dorang: trueaussiebeefandlamb.my.
Artikel asal: Sunshine Kelly