Cabaran Parenting Semasa Pandemik & Tips Tanganinya
Parenting masa pandemik ni sangatlah mencabar bukan takat fizikal je yang terjeas dengan wabak COVID-19 ni, tapi juga daripada segi mental. Biasanya kalau weekend spend time dengan anak-anak dekat luar & travel, tapi kali ni terpaksa beradaptasi dengan normba baharu. Anak-anak pun asyik tanya, SOP tu apa? Rasa takut, tertekan dan risau adalah rasa yang biasa masa pandemik ni.
Kita rasa aak-anak macam happy bila mak ayah duduk rumah. Tapi realitinya, dorang selalu kena marah sebab tak fokus dengan online class dan mak ayah pun sibuk dengan deadlines & meeting walaupun WFH. Macam family kitaorang, daily routine memang tertulis dalam jadual. Dengan 5 laptop (untuk mak ayah dan 3 anak bersekolah, satu Wifi untuk dikongsi dengan 3 ahli keluarga lain. Cabaran utama adalah nak dapatkan connection yang stable dan tak terganggu.
Satu lagi kerisauan adalah space. Anak-anak share satu meja dekat ruang tamu manakala mak ayah bekerja dari meja yang sama. Jujurnya, bila dah duduk menghadap masing-masing terlampau lama, ada perangai anak-anak dan suami yang kadang-kadang buat saya jengkel. Dengan kerja yang bertimbun, deadline yang mengejar, risau hilang kerja buatkan saya tak dapat nak control marah tu bila anak-anak bergaduh dan buat perangai.
Dalam masa yang sama juga risau dengan power mata anak-anak dan selalulah saya membebel untuk balancekan masa main games. Yelah, dari pagi sampai 1pm kelas online, sambung pulak dengan main video game untuk beberapa jam.
Yang paling kelakar bila tiap-tiap hari dengar anak-anak mengadu lapar. Task masak tu dengar macam senang tapi bila tengah kelam kabut dengan zoom meeting atau pun kerja yang perlukan urgent memang mencabar. Saya bersyukur sebab ada mak mentua yang bantu prepare masak dan jaga anak-anak.
Lepas daripada PKP 1.0, saya mula belajar untuk beradaptasi dengan norma baharu ni. Buat plan lebih teratur supaya stress yang tak penting boleh dibuang untuk persekitaran yang lebih sihat dalam family kami.
Ini ada tips/aktiviti yang boleh buatkan korang punya bonding dengan anak-anak lebih rapat:
1. Rancang rutin harian lebih awal dan cuba untuk ‘lari sekejap’ dari kerja. Ambil short break dan luangkan masa dengan anak-anak. Tengok movie atau main games. Kitaorang juga cuba buat video-video kelakar dekat tiktok, enjoy guna WeSing app dan exercise untuk buat dorang lebih aktif.
2. Puji bila anak-anak berkelakuan baik & berjaya siapkan task yang diberi. Bagilah reward macam snek fevret dorang atau pun order makanan online.
3. Beli lebih banyak permainan yang buat dorang belajar macam monopoli, congkak, board games dan sebagainya untuk dorang main sama-sama.
4. Bersihkan rumah sama-sama. Nanti macam treasure hunt sebab masa nilah akan jumpa toys lama yang hilang, buku atau benda-benda lain yang menarik & bawa memori manis dalam kehidupan.
5. Dress up dan role play. Walaupun tak dapat keluar, saya masih beli baju yang mereka suka, makeup dan dressup untuk buatkan dorang happy.
6. Masak sama-sama. Sepah pun tak apa. Janji happy dan boleh makan hasil yang dimasak tadi.
7. Share kata-kata positif dengan anak-anak untuk dorang overcome ketakutan dan sentiasa pentingkan kebersihan. Penting juga nak ambil daily supplement tau.
8. SELF CARE & ME TIME. Ini yang penting. Macam saya, shower adalah masa paling best untuk saya ME TIME.
Bercakap memang mudah, nak buat tu yang agak mencabar. Jadi sabar, percaya diri dan fikir yang positif je. Buat yang terbaik untuk pastikan anak-anak selamat & rasa disayangi. Sentiasa peluk & cium mereka.
‘Even after the worst storms, the sun will shine again.’
Artikel asal: My Weekend Treat