3 Resepi Lauk Pantang Yang Senang Untuk Para Suami Cuba Masak
Seri Wangi tau bukannya semua orang tahu makanan untuk orang dalam pantang. Lebih-lebih lagi untuk orang muda yang baru pertama kali dapat anak sulung ataupun baru nak belajar berdikari semasa dalam pantang. Kadangkala Seri Wangi faham bukannya semua orang bernasib baik emak kita dapat menjaga kita semasa dalam pantang, begitu juga emak mertua, mau tak mau kenalah jaga sendiri. Hah….masa inilah para-para suami kena tunjuk kasih sayang dia kat isterinya untuk menjaga mereka dalam pantang. Seri Wangi sendiri pun dijaga oleh suami dari lahir anak kedua hingga anak keenam sebab tinggal jauh dari keluarga di perantauan.
Sebenarnya bukanlah susah sangat nak masak lauk orang dalam pantang ni, lauk untuk orang pantanglah yang paling senang dimasak cuma itulah menu hari-hari yang kita masak untuk mereka selama 44 hari. Sedap tak sedap kenalah makan, itu semua untuk kebaikan mereka juga. Jamu semestinya kena makan untuk kesihatan dalaman dan dengar nasihat emak/emak mertua pantang larang orang lepas pantang. Jangan pula semua benda makanan hendak disapu, makan ikut selera, nanti bila bentan siapa juga yang susah? Kita dan keluarga kita juga yang susah…lebih-lebih lagi suami yang jaga kita, nanti kelam kabut dibuatnya nak cari mak bidan. Semua benda-benda makanan sejuk tak boleh dimakan, ais lagilah tak boleh, pulut, cili api,buah-buah sejuk buah tempatan tak boleh, kalau nak makan buah orange, apple, anggur bolehlah dan elakkan makan pisang, tembikai, dan buah mangga.
Sayur bayam, kangkung dan sayur yang sejuk elakkan. Seri Wangi suka cara orang Cina berpantang mereka tidak minum air mati, takut kena angin, mereka cuma minum air kurma merah, makan sup ayam hitam yang direbus dgn herba dan mereka banyak makan halia tua import dari Taiwan. selama berjam lama-lamanya. Mereka tidak bolih mandi selama sebulan/dua bulan cuma mandi dgn air rebusan herba. Sayur makan juga tapi dimasak dgn minyak bijan kerana minyak bijan bagus untuk badan tapi bubuh sikit je nanti kalau banyak sakit tekak kerana minyak bijan panas.
Alright…Seri Wangi bagi tahu resepi untuk orang pantang….senang je….para suami pun boleh buat sendiri untuk isteri key…!Oh ya jika bayi korang kena kuning, dinasihatkan menu-menu untuk masakan pantang elakkan letak halia, kunyit hidup, lada hitam sebab panas takut menambahkan lagi kuning baby serta elakkan makan jamu, bila baby dah ok barulah boleh masak gunakan bahan-bahan tersebut,
RESEPI 1: SINGGANG IKAN
Bahan:
- 2/3 keping ikan tenggiri (blh makan ikan selar, ikan parang, ikan merah asalkan tidak gatal)
- halia muda 1 ketul (dimayang halus)
- kunyit muda 2 ketul (dimayang halus)
- 2 sudu lada hitam
- 1 keping asam keping
- Air secukupnya
- garam secukupnya
Caranya:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya. Rebus hingga masak. Bila sudah masak bolihlah makan panas-panas. Senang bukan?
RESEPI 2: SAYUR CAMPUR
Bahan:
- 100 gram kobis (dipotong halus)
- 100 gram bunga bakoli (potong halus)
- 1 batang karot (dipotong nipis)
- 2 batang sawi (dipotong kecil-kecil)
- 2 biji bawang putih (ditumbuk)
- 1 sudu lada hitam (ditumbuk halus)
- garam secukupnya
- air secukupnya
- 2 sudu minyak bijan utk menumis
Caranya:
1. Panaskan minyak bijan dalam periuk, bila panas tumis bawang putih, lada hitam dan kacau kemudian masukkan air dan garam secukupnya.
2. Masukkan kesemua sayur-sayuran tadi dan tutup periuk biar semua bahan tadi empuk tapi jangan dimasak terlalu lama.
3. Bolehlah dihidang dan makan.
RESEPI 3: IKAN BAKAR
Bahan:
- 2 ekor ikan selar (dibersihkan)
- 4 sudu lada hitam (diblend ataupun ditumbuk halus)
- daun pisang/daun kunyit secukupnya utk membalut ikan
- garam secukupnya
- serbuk kunyit secukupnya
Caranya:
1. Bersihkan ikan yg hendak dibakar. Campurkan kesemua bahan hingga sebati kemudian dibalut setiap ekor ikan itu dgn daun pisang/daun kunyit..
2. Bakarlah ikan tersebut hingga masak.
Artikel asal: Keunggulan Wanita
Kredit gambar utama: PaMa/Keunggulan Wanita