Resepi Mudah KitKat Cheesecake Dengan Topping Oreo Crumb Tanpa Perlu Bakar
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bila bercuti aktiviti yang paling di nanti oleh kids ialah main masak-masak. Masak-masak bersama kids secara tak langsung mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Semasa memasak juga KP memberi peluang untuk membuatnya. Semestinya gelak ketawa dan penuh dengan tepung merata apabila memasak bersama kids. Dapur hmmm… tak usah di tanyalah bagaimana keadaannya bila kids ada bersama.
Kali ini KP dan kids mencuba resepi baru iaitu Kit Kat Cheesecake Oreo.
Untuk Cheesecake buatan KP kali ini ianya tidak perlu di bakar. Kids kalau minta KP buat kek pastinya kukus atau cuma bekukan sahaja. Selain itu ada sedikit perubahan dalam resipi ini.
- 400 gm tepung cheesecake
- 150 ml susu penuh krim F&N
- 120ml susu segar F&N Dutch Lady
- Kit Kat dalam 3-4 paket
- Serbuk Oreo sebagai topping
Cara membuatnya:
1. Masukkan 400gm tepung cheesecake di dalam bekas adunan.
2. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit 120ml susu segar Dutch Lady.
3. Kemudian masukkan 150 ml susu penuh krim F&N.
4. Kacaukan adunan hingga sebati.
Nota: Jangan masukkan sekali terus, masukkan sedikit demi sedikit.
5. Kacau hingga sebati.
Oleh kerana nama Kit Kat Cheesecake jadi Kit Kat di patah patahkan masuk ke dalam adunan kek tadi
Resepi baru dari kids.
1. Masukkan seberapa banyak yang anda suka.
2. Jangan lupa kacaukan adunan ini sekali lagi supaya ianya sebati.
3. Masukkan dalam tray atau dulang segala adunan tadi.
*Cheesecake yang KP dan kids buat tanpa perlu bakar atau kukus
*Selepas di masukkan ke dalam adunan yang disediakan masukkan ke dalam peti sejuk selama 3 jam
*Apabila di keluarkan letakkan di pinggan hidangan
*Hiaskan dengan serbuk oreo di atasnya
*Dah sedia untuk di makan tak kira masa.
Kids siap bawa ke taska berulang kali selama 2 hari
Mesti ada yang tanya kenapa KP gunakan susu penuh krim dan bukan sepenuhnya susu segar. Sebelum ini KP pernah buat cheesecake yang sama menggunakan susu segar sepenuhnya tetapi kids tak rasa kemanisannya. Jadi kali ini KP bahagikan kepada dua susu segar dan juga susu penuh krim . Kids suka sangat sebab terasa manis nya, oreo dan bila dimakan cheesecake ada rasa serpihan coklat kit kat
Jadi apa kata cuba resipi ini.
Artikel asal: kitepunye