Telur Biasa vs Telur OnZen, Cara Mudah Bezakan Keduanya
Korang pernah try tak telur OnZen? Betty memang suka telur OnZen sebab dihasilkan, dikemas, dikendalikan dan disimpan dekat tempat yang selamat untuk kurangkan risiko keselamatan disebabkan mikroba.
Hari ni Betty nak share pasal perbezaan telur biasa dengan telur OnZen.
Proses
Telur OnZen dihasilkan oleh ayam yang sihat di kawasan tertutup siap ada aircond lagi. Ayam diberi makan Astaxanthin yang dihasilkan secara semula jadi yang menghasilkan telur berkhasiat.
Manakala telur biasa dihasilkan dalam sangkar atau mungkin ayam dibiarkan bebas tapi dibesarkan dalam kawasan sempit dan kotor. Biasanya ayam yang menghasilkan telur ini cukup diberi makan gandum, yang mengandungi vitamin & mineral.
Kulit telur
Betul ke kulit telur warna coklat tanda ia lebih sihat?
Kulit telur OnZen jauh lebih keras & tebal berbanding telur biasa. Telur yang berkualiti kena ada kulit yang nampak sihat dan menarik. Kulit telur OnZen cukup keras untuk elak risiko pecah sebab khasiat daripada astaxanthin yang merupakan karotenoid, satu jenis alga dari Jepun.
Tapi telur biasa nampak lebih lembut dan mudah pecah. Mungkin ada daripada yang terhasil daripada ayam tua.
Kuning telur
Kalau korang dah cuba telur OnZen mesi korang setuju warna kuning telur OnZen nampak lebih berkrim, halus dan kuat. Ini juga terhasil daripada pemberian makan astazanthin tadi. Bukan je kulit akan lebih tahan dank eras, tapi isi dalam telur juga mendapat khasiat yang sama. Isi dia pun korang akan nampak berbeza dari telur biasa.
Walaupun kuning telur biasa pun nampak kuning (bukan kuning kemerahan), bau telur biasa lebih hanyir. Diet protein yang rendah terhasil daripada pemakanan ayam tu sendiri. Bila ayam makan makanan rendah protein, ia akan beri kesan juga dekat telur. Cuaca juga main peranan tau. Bila ayam dibesarkan dalam cuaca panas, ia akan bagi pressure dekat sistem dorang.
Lepas pertimbangkan semua faktor, sebab tulah Betty pilih telur OnZen. Korang nak tahu pasal OnZen bolehlah survey dekat website http://onzeneggs.com/.
Artikel asal: Betty Journey