Kebaikan Minum Teh Bunga Yang Ramai Tak Tahu
Sebagai penggemar teh, biasanya kita akan pilih teh yang berkualiti tinggi. Tapi macam mana kualiti teh diukur? Hari ni Betty nak share teh bunga yang pernah Betty cuba yang mana kali ni Betty bereksperimen dengan campurkan pelbagai jenis bunga untuk hasilkan rasa baru.
Bahan:
- 2-3 biji daun pudina
- 3g bunga melur
- 4-5 biji mawar perancis
Cara penyediaan:
1. Masukkan bahan-bahan tadi dalam mug
2. Tuang sedikit air panas untuk cuci bunga dan masukkan 300ml air panas.
3. Biarkan dalam 3-5 minit
4. Siap untuk dihidang!
Dengan campuran 3 bahan ni, rasa teh memang cukup sedap. Light tapi cukup nyaman dan menyegarkan. Tak lupa juga bau dia memang wangi. Korang kena cuba dan akan suka dengan kombinasi ni.
Pengambilan teh bunga secara berkala bukan je dapat cantikkan kulit korang, tapi juga tingkatkan penglihatan, tenangkan fikiran dan paling penting sebagai orang perempuan dia berkesan untuk buat kita nampak lebih langsing dan bantu untuk sembuhkan penyakit.
Teh Bunga Mawar Perancis
- Rendah kalori, rasa buahan ringan
- Legakan simptom period
- Kelopak mawar mengandungi vitamin C yang baik untuk anti oksidan dan sistem imun
Teh Melur
- Aroma & rasanya yang enak
- Aroma boleh buatkan rasa tenang
- Dipercayai dapat kurangkan serangan jantung, bantu kuatkan sistem imun & cegah diabetis
Teh Pudina
- Biasa digunakan sebagai perasa. Boleh gunakan masa kering atau juga dijadikan teh
- Rasa lebih segar lepas minum
- Bantu tingkatkan pencernaan, cegah keradangan, sembuhkan bau mulut, turunkan berat badan & tingkatkan sistem imun.
Sekarang korang tahukan kenapa Betty suka gila minum teh bunga?
Artikel asal: Betty Journey
Kredit gambar utama: Yangs Nourishing Kitchen